Noktah. 

Akhirnya bebad dari perhambaan jiwa yang tertakluk melampau pada perkara tersebut. Dan siapa yang lebih gembira melainkan saya? 

Mungkin pada sesetengah orang, kata mereka membazir sementalah saya sudah booked tiket flight ke sana,

tetapi pada saya, 

mengorbankan benda yang kecil untuk menjaga benda yang besar, itu lebih baik. walau pada awalnya, agak terasa sakit juga bila terpaksa membuat keputusan dan menolak perkara yang disukai, 

tetapi, 

kita ni, hidup bukan untuk tujuan sia-sia kan? makanya, setiap keputusan dan perilaku juga percakapan kita haruslah atas dasar keperluan, bukan kehendak. 

kata mereka sesetengah lagi, 

penolakan itu melebihkan rezeki aku sebahagian dari yang lain. makanya mungkin selepas ini bisa melihat aku memakai telefon bimbit baru sementelah bajet 2013 memberi rebate untuk smartpong yang mana semua pakej data plan yang ditawarkan sangat mengecurkan air liur serta henpong yang disentuh-sentuh dua tiga hari lepas juga menyeronokkkan perasaan. 

tetapi, 

aku berfikir kembali, apakah keperluan aku untuk punya semartpong sedangkan alhamdulillah aku tidak pernah diuji dengan kesusahan untuk dapat internet connection. 

cukuplah bila melihat mereka berlumba-lumba mengejar semua tu, sedangkan aku punya banyak lagi benda lain yang perlu dikejar. 

Moga boleh terus bebas dari perhambaan kepada dunia dan beralih arah kepada perhambaan Allah.