Pagi-pagi hari, ada yang mengajak saya ke MPH. Layan saja, sementelah ingin merasa window shopping. 

MPH tidak lain dan tidak bukan hanya di Jaya Jusco. Tempat tuju, haruslah MPH sebenarnya. dan juga Popular. 

Masuk. berlegar-legar seketika (walaupun sebenarnya sejam dalam tu). Sehinggalah dipanggil untuk ke Popular pula. Tangan, tidak henti menarik buku satu persatu. Puas ditilik, saya letak, dan ambil buku lain. 

benci bila pergi kedai buku, tapi end up keluar dengan tangan kosong tanpa sebarang buku! 

***

Kawan saya seorang pernah menulis di lama mukabuku, 

saya tak suka ulat buku yang tak hiraukan hidup sekeliling.

waktu itu, saya inga tulisannya dalam bahasa inggeris, makanya tulisan di atas adalah tulisan terjemahan saya. bila baca tulisannya, saya rasa terpukul, risau andai saya sebahagian darinya (perasan diri ni ulat buku.) 

dan teringat juga salah satu tulisan di laman mukabuku,

pelik bila melihat tak ramai umat islam yang suka membaca buku, walhal wahyu pertama adalah “IQRA!”. 

itu, yang menjadikan titik tolak saya untuk terus rajin membaca walaupun kadang-kadang saya tak faham sangat apa yang saya baca. Tapi itu satu usaha kan? 

jadi, pergi kedai buku tadi, saya keluar dengan mood yang tak berapa bagus kerana tidak mengeluarkan sekeping dua not merah untuk belian buku. 

sungguh waktu sekarang adalah tidak mampu!

moga-moga ada hujan buku yang boleh saya dapatkan buku secara percuma! (angan-angan yang jauh untuk dikenyatakan.) Dan tadi sangat teruja melihat buku sekarang lebih luas konteks penulisannya, berbanding sebelum ini, kalau novel semuanya novel cintak, dan. bosan. 

harapan, mau baca buku puisi indah, dan juga buku fikrah pekat, supaya ada keindahan dalam bahasa dan ada tekun dalam beramal hasil pembacaan buku fikrah dan puisi indah… 

rasa mau serang ibooks juga tapi poket tengah bocor makanya tidak mampu. hanya memandang sambil tersenyum walau hati menahan perit!