“Akak balik dulu, nanti esok pagi akak datang balik. sorry sangat-sangat sebab tak dapat bersama-sama awak kat sini malam ni. Tapi akak cuba datang seawal mungkin.” 

“Huhuh. Kalau tak pergi yang program sana tu tak boleh ke kak?” 

“Kalau boleh tak pergi, akak pun taknak tinggalkan antunna kat sini. I prefer to be with you my dear.” Dia tarik tangan saya, salam dan cium pipi saya. Kemudian….

“i love you akak.” Terdiam seketika. 

“Iloveyoutoo sister. Don’t worry, kat sini ada ramai kakak-kakak dan orang lain yang boleh tolong jaga awak. dan yang paling penting, Allah ada untuk jaga awak. Dan sebaik-baik penjaga adalah Allah. Take care. Apa-apa text akak. Esok pagi, akak cuba datang seawal mungkin. Jangan sedih, buka hati, dan sedut sebanyak mungkin. Senyumlah. Akak balik dulu. =)” 

“Meh barang akak. Saya bawa pergi kereta. Nak hantar akak.” 

“okeyh.” Dia dan yang lain, memandang Mus’ab membawa saya pergi. Dan saya melambai-lambai sambil mengharapkan, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Mereka adalah sebahagian usaha yang cuba dicurahkan, akhirnya Allah yang memberi. dan yang paling penting, mereka adalah aset saya yang boleh saya pinta syafaat dari mereka diakhirat kelak, bahawa saya pernah berada bersama mereka untuk menyampaikan, islam. 

***

Esok nya…

“Moga diberi tarbiyyah yang terbaik oleh Allah.” Pantas jari-jemari tekan butang send pada mereka. Tett. Tett. Vibrated dari henpon saya lihat. Mesej balas dari dia. 

“Cepat lah datang. rindu.=(” 

“If i can. Akak serahkan penjagaan yang sebenar pada Allah. Moga diberi kefahaman yang sebenar. Take care! Jumpa nanti.” 

Kemudian lagi satu mesej yang datang…

“nak merajuk boleh tak?” Saya tergelak. 

***

moga cinta ini, menambahkan kecintaan ku pada Dia. 

“Kecintaan kepada Allah itu bagaikan telaga yang menampung amal saleh dan ibadah yang sahih. cinta kepada Allah akan membuat diri kita ikkhlas dan rela menjalankan semua perintah-Nya tanpa paksaan. justeru ada perasaan senang, bahagia, dan tenteram ketika telah menyambut seruan-Nya. Dan merasa gelisah tidak bisa tidur, merasa tidak tenang bila belum merespon ajakkan-Nya.”

 

(Air Mata Di Jalan Dakwah-Umar Hidayah)

Dan yang paling penting, kecintaan itu membawa kita ke syurga. Tidak kira yang kita cinta itu siapa, dan yang paling tinggi kecintaan adalah kecintaan kepada Allah yang mana kecintaan kepada Allah itu meliputi semua kecintaan sama ada kepada makhluk, kepada harta atau kepada apa sahaja tetapi dalam konteks yang lebih baik. 

Dan saya, mengharapkan cinta ini, meluruskan jalan kami ke syurga yang tertinggi iaitu syurga firdausi walaupun tiap kali nak pohon pada Allah supaya menempatkan diri di syurga itu terasa macam segan sebab bila lihat pada amal, memang tak layak langsung. 

hurm. tapi sebenarnya syurga itu adalah rahmat dari Allah. 

dan moga, yang meminta syurga tidak lupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang malah tidak juga lupa bahawa Dia itu Maha Adil dalam menetapkan sesuatu pada si ciptaan yang bernama manusia. 

dan untukmu, adik-adikku, 

teruskan bergerak, melangkah berjalan mencari Allah. moga diberi petunjuk yang lurus dari -Nya untuk menggapai keredhaan Dia. Kecantikan tempat, keindahan ukhuwwah, keseronokan kebersamaan, kesedapan makanan itu akan datang bersama bila kita mula…CINTA DIA. 

 

Dan adik-adikku, jangan mengalah. Gambaran dunia ini hanya seketika, setiap kesulitan dan kesukaran itu, untuk menguji kalian, dan menguji akak, siapa yang paling baik amalnya. dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertaqwa. 

 

moga, dalam jagaan Allah sentiasa. Hendaknya. =)

Menggunting dan menampal di sini sedikit lagi cebisan dari buku Air Mata Di Jalan Dakwah oleh Umar Hidayah, 

Cinta itu tak cukup hanya di kata. Cinta bukanlah kata benda, lebih tepatnya kata kerja yang mampu menjelaskan segalanya. Ia susah untuk dicari definisnya tetapi yakinlah ia bekerja dalam pesona keagungannya. [pg. 271]

 

Image

 

moga terus berada dalam pesawat yang sama. pis. =)