Perbualan manusia ni, lihat pada backgroundnya. 

Kalau orang kampung yang kerja membajak sawah atau mudah cerita, isi perbualannya pasti pada  tanah yang subur, baja, hujan dan perkara-perkara yang boleh merosakkan tanaman, atau cara menambahbaikan hasil tanaman, jualan tanaman, cuaca yang baik untuk menanam, nak tanam pokok apa, pakai baja apa, untuk berapa lama, untuk banyak mana dan etc…etc…etc..(kalau aku duk kira, sampai sudah tak habis.)

kalau orang tu backgroundnya cikgu cikgi (bukan cikgipauh) sekolah, anak murid, isi perbualannya mesti bercerita tentang sekolah, tentang murid-murid kat sekolah, tentang progam sekolah dan perkara seangkat juga yang kita sedia maklum. 

kalau orang bisnes pula, cerita perbualan nya berkisar tentang saham, tender situ, tender sini (main taram je) dan perkara-perkara berkaitan. Aku tak ambil kisah sangat apa orang bisnes berbual walaupun hari-hari bangun pagi tolong mak aku buat kuih dan hantar kuih ke kedai (okeyh ini tipu). Tapi memang mak aku buat kuih, kuih segera. karipap, cekmek molep dan beberapa jenis lagi. (promo tetiba). 

Jadi, orang yang ditarbiyyah ni, sepatutnya isi perbualannya adalah berkisar tentang dakwah wa tarbiyyah lah kan? 

Agak peliks bilamana orang yang ditarbiyyah bila bersembang, dan diamati isi sembangnya bukan dua benda ni. Hokeyh fine lah, dae’i itu manusia juga, memang tapi tapi tapi isi perbualannya takkan menyimpang dari dua benda nih. 

ohwell, muhasabah jap. Takpe, take your time. Nak muhasabah lama pun takpe. mahu menampal sesuatu di sini sekejap. =) wallahuallam. 

Image

dan aku tahu, pertemuan aku dengan dia, selepas ini ada setahun akan datang.