Kadang-kadang sesuatu yang kita nampak masalah tu bukan besar sangat pun, tapi kerana penat pada hati yang menanggung perasaan tersebut, kita nampak seolah-olah benda tu, BESAR sangat. 

walhal ia kecil, lebih kecil dari atom. 

Tapi, sesetengah benda, tampak remeh pada mata kita, tapi sebenarnya sangat besar. Besar hingga ia bagi kesan pada seluruh hidup kita. Macam dosa, niat, senyum. dan bla bla bla. 

ada ke dosa besar dosa kecil? ada ke perkataan ‘berdosa je pun eh?’ 

semua benda tu, asalnya dari niat. Kalau buat sesuatu, amal dah betul, syariat dah betul tapi pula salah, boleh jadi haru dunia akhirat diri kita nanti. Kesian. 

lagi kesian, bila kita sampai sudah tak sedar pun sama ada permulaan kerja kita tu, niat kerana Allah atau sebaliknya? Atau lebih parah, tak terlintas langsung buat something tu, kerana Allah. 

Macam pergi usrah. 
Macam pergi daurah.
Macam pergi df adik-adik. 
Macam senyum pada orang yang senyum balik pada kita. 

Buat benda tu semua, sebab rutin, atau sebab lupa pada asbab kita buat sesuatu tu. kan? Hati ni, cepat betul berbolak balik. Minggu lepas semangatnya hingga ke puncak kinabalu, minggu ni semangatnya lebih rendah dari puncak busut anai-anai belakang rumah. 

kesian. 

Sekali hati kena hentak, baru sedar, baru ingat. Sebab tu, kalau Allah uji, buka mata luas-luas. Bukan mata yang mencantikkan wajah tuh, bukan mata yang berkaca mata tu, tapi mata hati. 

Ramai je orang yang Allah uji, tapi entah berapa ramai yang buka mata hati? 

Kita, yang Allah buka hati untuk ditarbiyyah ni, nak jadi macam depa sana tu ke yang Allah uji untuk bagi pentujuk berbakul-bakul supaya buka mata hati, tapi sampai ke akhir hayat masih jugak dalam kehidupan yang bersenda gurau tuh? 

C’mon dude. Sampai bila nak jadi penumpang dalam gerabak yang menuju ke syurga sedang kau tak buat apa pun untuk passby the syurga bila mana gerabak tersebut berhenti di pintu syurga? 

entah, entah, engkau yang beratkan train menuju ke syurga dengan amal-amal kosong kau yang kencang nampak di mata tapi di dalam nya sebiji atom pun takda? 

c’mon lah. 

macam taufan. dalamnya lompong walau luarnya kuat. kesian, kalau kau pun macam tuh.