Kahwin pilihan sendiri mahupun pilihan keluarga bukan janjinya bahagia.
Yang penting iman di dada, tanggungjawab dirasa, hak dijaga, hati dipelihara..
Itulah rahsia keluarga bahagia🙂

[Farah Lee]

Momoji Doll.

Momoji Doll.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bila teringat soalan teman sekolah menengah dua tiga hari lepas, tiba-tiba rasa nak update kat sini. Sementelah petang itu, mendengar talk keluarga dari Dr. Harlina Hj. Siraj.

Point 1: Keluarga rosak, sebab individu rosak. Makanya, kalau masyarakat itu rosak, lihat pada keluarga. dan. pada individu dalam keluarga tersebut. Takkan mungkin mampu membina ustaziatul alam kalau base nya tidak kuat. Dan aku buat konklusi, untuk membina keluarga, kena kembali pada maratib amal. Bermula dengan individu tersebut.

Kesinambungan ayat, ‘perempuan dalam diri lelaki, akan tengok sifat tanggungjawab.’

okeyh, ini bukan post cinta, bukan juga post mengenai perasaan merah jambu dalam hati, tapi lebih besar daripada itu. Bukan setakat membina baitul muslim tetapi membina ustaziatul alam. Cita-cita pasti mau besar!

Kembali kepada kenyataan atas. Ayat tu Dr. Har yang sebut. Well said. Tanggungjawab yang kita (sebab aku ni perempuan) kena tengok ialah sifat tanggungjawab lelaki tersebut pada Allah. If, dia cuai dengan Allah, means that dia akan cuai jugak dengan kita (ye, sebab aku ni perempuan, haruslah kita.)

well, cuba fikir, kalau solat dia pun nak kena kita (if couple, tapi tak menggalakkan ye) yang nak kena kejutkan dia, nak kena ingatkan dia, then, mana dia sifat kepimpinan dan bimbingan yang kita harapkan bila kahwin nanti? dan, kalau perempuan pun, sama juga. If, tanggungjawab dia pada Allah pun dia abaikan, macam mana kita nak pastikan tanggungjawab dia pada kita, pada anak-anak nanti, akan terjaga kalau Allah pun dia abaikan?

tapi, tak mustahil. Kalau yang lelaki tak bertanggungjawab pada Allah, pilihan dia orang yang sama macam dia juga. Dan sama juga dengan si wanita itu. Itu, biasanya hukum Allah. Siapa buat baik, dapat balasan baik. Siapa buat jahat, dapat balasan jahat. Walau sebesar zarah ye adik kakak.

Berbalik kepada soalan teman sekolah menengah, jawapan aku setelah diolah dari Puan Farah Lee kat atas sana nuh, “kahwin muda ke, kahwin tua ke, kalau iman yang mendasari perkahwinan tu, insyaAllah takdak masalah. Tapi kalau ada sekali pun, ujian Allah lah tu.”

Sifir mudah aku rasa kalau semua orang ingat bahawa Allah akan uji kalau kita nak beriman.

Sekian, peace.
dr. cinta.
pheewws.