Tiap kali aku melihat mereka bercerita tentang syurga, pasti mata mereka terpejam. membayangkan secantik mungkin syurga itu sebagaiman yang Allah tasawwurkan dalam alquran. yang lebih mengasyikkan, mendengar mereka bercerita tentang syurga, sepertinya mereka pernah berada di sana. 

Kalau lah syurga pun tak mampu menjadi motivasi kita untuk beramal……

***

Pakcik T dahulu pernah berbicara, “Hebatnya para sahabat adalah pada iman mereka. Kerana, itu, akal mereka juga hebat. Hebat membayangkan syurga yang diceritakan berjela-jela di dalam al-quran.”

Sambung Pakcik T, “tapi kenapa kita, orang yang mampu melihat tempat lain yang indah-indah yang kita tak pernah pergi, tapi berlumba-lumba mengumpul duit untuk melancong, melihat kecantikan tempat tersebut, langsung tidak kecur air liur bila diceritakan tentang syurga? “

tambah Pakcik T lagi, “kuasa IMAGINE. so, bukan sahaja iman yang hebat, malah akal juga mantap, jasad? Apatah lagi!”

***

hari ni aku belajar, ZERO EXPECTATION. 

tak kira, orang tu tudung labuh ke, tak pakai tudung ke, belajar syariah ke, tafsir hadith ke, tafsir quran ke, budak pendidikan jasmani ke, budak art and design ke, budak masscom ke. 

yang penting, kau, aku, dan sesiapa yang tengok, please ZERO EXPECTATION. atau lagi mulia, pandang setiap orang tu, ADA KEBAIKAN. 

nak tahu kenapa? 

bergaul lah dengan mereka. bergaullah dengan mereka. kau akan temui sebabnya nanti. Dan, belajarlah dari kehidupan mereka. Kau akan lebih bersyukur dengan apa yang Allah bagi kau lalui.