Musim israel membedil gaza bertubi-tubi hari tu, aku dan askar-askar Allah yang lain bermain war game. Ye, BERMAIN. 

18 dibahagi dua. Aku berada di tengah. Kem komandan tidak dibenarkan berpihak kepada mana-mana pihak. Satu group dinamakan israel. satu lagi dinamakan palestin. Dengan nama sedemikian, Berkobar-kobar semangatnya. 

Berperang di tanah lapang, dan ditepian sungai yang mengalir deras, kesan limpahan air hujan, dengan air yang berwarna coklat. Keruh. Hujan, masih lagi rintik-rintik. Kamera? No. nanti ditembak musuh. ISRAEL. 

the game is on. Palestin harus merampas balik bendera mereka yang berada ditangan israel. Dan setiap group, ada lagi satu panji yang perlu di jaga. Permulaan permainan, aku memanggil seorang wakil dari kedua-dua group. Memberi arahan melantik pemegang panji dan perisik. Dan, mereka yang ku panggil, otomatisnya sebagai panglima perang. 

Fasa sebelum, explorace. Untuk mengumpul alatan-alatan perang. ERk, macam banyak alatan, walhal sekadar belon. Ya, belon yang berisi air yang berwarna merah pekat dijadikan sebagai senjata perang. Aku berdebar. Berdebar melihat israel dan palestin. Dihati, mendoakan palestin menang. Seangkatan doa untuk palestin yang sebenar. 

Perang dimulakan…sedetik…dua detik…Palestin mula menyerang. Dan merapatkan saff pada israel. Peperangan agak pantas. Aku dan beberapa lagi tenaga yang lain, melihat dengan seribu ketakutan. Khawatir kami yang diluar peperangan yang terkena. 

Tak mudah rupanya menghadapi peperangan. Walau sekadar permainan. 

Alhamdulillah, game pertama israel kalah! takbir allahu akhbar! aku tersenyum. israel kalah. moga yang realiti juga begitu. ameen. allahumma ameen. 

Dua kali perlawanan. Kedua-duanya israel kalah. Senyum aku makin lebar. Moga yang realiti juga begitu. Ameen. allahumma ameen. 

Gencatan senjata, pbb, sumbangan, mekdi, boikot. (kosa kata minggu ini. dan seterusnya. dan selamanya. Ia bukan isu bermusim.)

***

Okeyh, sesi refleksi. Perkongsian perasaan. Aku terkesan dengan dua benda ni. Sungguh! 

1) Game kedua, saya antara orang yang terawal syahid. dan dari jauh hanya mampu melihat sahabat2 berjuang. Waktu main, taksedar time tu puasa dan siap boleh gelak-gelak lagi. Tapi satu perasaan muncul bila saya tengok seorang sahabat syahid dengan lontaran bom belon depan mata saya. Dalam hati saya, 

“Apa perasaan orang di gaza sana bila tengok sahabat sendiri, adik-beradik sendiri, orang yang terdekat terbunuh depan mata? Dan, diorang tak boleh nak buat apa pun? Betul, kita hanya main. Tapi cuba bayangkan, apa yang kita buat petang tadi, bukan permainan? Tambah lagi, kita sedang perjuangkan tanah palestin yang dirampas oleh israel?”

Sobsob. Terus aku membayangkan diri aku sebagai oic. yang hanya tengok dan tak buat apa-apa melihat saudara sendiri dibunuh. dibom. ditembak. 

2) Berjuang bukan kerana Allah. Mula-mula main, rasa semangat nak berjuang. Tapi bila kena serang semua tu, berjuang dan berperang kerana marah. Niat pun dah lari. Teringat kisah Ali bin Abi Talib, yang tak jadi membunuh si kafir setelah si kafir tadi meludah ke mukanya. 

T_T dalam hati aku, halusnya mereka rasa. Aku yang kat luar, yang hanya memerhati ni, tak rasa pun benda tu. Terasa macam terlepas satu fasa tarbiyyah dalam hidup aku bila tak bersama-sama dalam mukhayyam untuk aku sendiri. T_T

*** 

Lagi satu benda yang comel yang aku ingat bila seorang kakak bercerita tentang war game yang dia pernah lalui. 

Kitorang main, sampai kakak-kaka jerit Stop! Stop! sebab waktu tu, keadaan dah bahaya sangat. Sebab kawasan kitorang main macam kawasan perang khandak. Ada macam parit. Bukit bukau sikit. Time tu, akak dah kat syurga dah...

Bila akak tu cakap, ‘time tu akak dah kat syurga dah..’ aku pending kejap. Dan lepas tu baru realised, ‘owh, syahid rupanya..’

2:154. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.

Syahid lebih indah dari mati. Walau keduanya menunjukkan keadaan jasad yang hampir sama. Satu benda aku belajar dari sirah, kalau kita jujur dalam meminta, Allah memang akan bagi. Seperti mana sahabat2 dulu, yang inginkan syahid. seperti Abdul Aziz al-Rantisi. Seperti Syeikh Ahmad Yasin. dan ramai-ramai lagi. 

Kecuali….

Khalid Al-Walid. Bukan kerana dia tidak jujur tapi…Saifullah, mana mungkin patah? kan?