Tabuk mereka, kurangnya pada harta.
Tabuk kita, kurangnya pada mujahadah.

***

Cerita Tabuk. Perang terakhir dalam hayat Rasulullah. Waktu itu, pokok kurma tengah meranum. Kemarau. Dari Madinah untuk ke Tabuk pula, perjalanan yang sangat jauh.

Siapa yang sanggup?

Mereka, golongan yang beriman. Menurut Raheeq Maktum, Perang Tabuk itu, perang yang memisahkan golongan mukminin dan golongan munafikin. Siapa yang tertinggal, itu golongan munafikin, kecuali beberapa orang yang tidak berkemampuan dari segi harta dan keupayaan. Tidak ketinggalan, 3 orang sahabat, yang tertinggal disebabkan kelengahan mereka.

Untuk further information, rujuk pada Raheeq Maktum. Sekian.

***

Sungguh banyak yang aku belajar dari mereka. Hampir berada pada situasi Kaab bin Malik. Hampir tertinggal dari gerabak dakwah. Hati rasa perit untuk menahan, sama ada pulang ke rumah, atau bersama-sama mereka di Mukhayyam tersebut, yang mana, aku tidak begitu jelas apa fungsi kehadiran aku selama di sana.

Lalu membawa diri ke UNIM lepak di sana buat seketika, dan membawa diri ke Seremban. Melambat-lambatkan kepulangan ke kampung agar Allah menjadikan keinginan yang sedikit menjadi melimpah ruah. Lama berteleku di suatu taman bersebelah A&W, aku mengheret kaki ke Bangi.

Dalam hati berbunyi begini,

Kaab bin Malik, sahabat yang tertinggal sewaktu perang tabuk, menangis-nangis merayu memohon keampunan pada Allah kerna berlengah-lengah untuk menyahut seruan jihad. Hukuman nya boikot. Sehingga bumi yang luas terasa sempit.

Pantaskah aku memilih untuk menjadi seperti Kaab?

Sekalipun, aku tidak bersama dalam Mukhayyam tersebut, kerugian adalah pada aku, bukan pada mereka di sana, bahkan bukan juga pada Allah.

Peluang, Allah bagi bukan selalu, dan, sentiasa aku memohon agar diberi peluang, tapi kenapa saat diberi peluang, tanpa berfikir aku menghulurkan salam perpisahan pada peluang tersebut?

Alhamdulillah. Tabuk untuk ku, berlalu.

Dan sungguh, banyak yang aku belajar dari adik-adik. Banyak perkara yang aku tak rasa, tapi mereka rasa. Subhanallah dan membuatkan aku berfikir panjang. Allah yang tolong kan? Walaupun aku rasa sangat gagal sebagai kem.kom. tapi rupanya Allah bagi peluang untuk aku belajar.

Dari fasa menyiapkan buku program untuk mereka, mencari lagu, dan pelbagai perkara lagi, setiap saat adalah tarbiyyah. Dan, itu tidak lain tidak bukan adalah kurnia dari Tuhanku.

Tak pernah sekalipun menyertai Mukhayyam. Kerna sudah terlalu banyak keadaan dan situasi yang Allah tidak letakkan aku bersama dalam mukhayyam sebelum ini. bersama sahabat sebatch tarbiyyahnya.

Dan, daripada kakak-kakak. Belajar macam mana respon mereka terhadap sesuatu situasi. Allahu akhbar. Rasa kerdil sungguh. Rasa terlampau banyak lagi benda yang kurang.

Interaksi mereka dengan kehidupan sungguh berbeza. Mereka berfikir, semuanya kelihatan lead to Allah. Dan. setiap ruang masa mereka di isi dengan sesuatu yang berguna. Astaghfirullahal adzim untuk diri yang masih perlahan ini.

Moga hamasah kamu tidak luntur walau dikala itu kamu jauh dari usrah. Tarbiyyah itu, wujud sekeliling kamu, ambil, ambil sebanyaknya.

Fi amanillah ya ukhti. Moga cuti itu tak membunuh hati mu.
seperti mana ia pernah membunuh hatiku seketika dulu.