Hari terakhir di sekolah. Orang lain semua dah balik. 

Sunyi. Sepi. Diam. Tanpa Kata.
Aku tengok kiri. Aku tengok kanan. 
Senyap. 

Guru berdentum dentam. 
Kilat sambar menyambar. 

Bukan rasa takut, tapi rasa perlu pada seseorang/sesuatu. 
Tiba-tiba hati menyebut, ‘hey, Allah kan ada???’

***

Bila ada macam-macam kat sekeliling kita, kita pun tak sedar yang kita dah kurangkan kebergantungan kita pada Allah. Hinggalah bila Allah letakkan kita dalam keadaan, kita takde sesape pun yang boleh bergantung harap. Seorang diri. Then, kat situ kita boleh rasa, pada siapa kita bergantung. 

Sungguh, kesepian semalam terasa seperti membunuh. Entah bagaimana ada manusia boleh hidup dalam dunia sebegitu. Aku tak memahami. 

Tapi, itu mungkin juga sebab individualistik yang melampau. Tak peduli orang kiri kanan. Tapi orang yang macam tu mungkin orang yang takda agama kot. Sebab, kalau agama islam, memang awal-awa lagi ditekankan, ‘jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia.’ Means, sampai sudah kita takkan rasa yang hidup kita sorang-sorang sebab kena jaga juga hubungan dengan manusia lain. Lagipula, Allah kan kata dalam surat al-hujurat ayat 10, ‘sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.’ Kalau agama lain, aku tak tahu.

down memorylane…

individualistik agak tinggi. why? sebab aku rasa aku boleh berdikari tanpa manusia lain. Even, Abah cakap, ‘selagi boleh buat apa-apa sendiri-sendiri, buat je lah. Cuba jangan menyusahkan orang.’ Kalau rasa bosan, aku isi minyak motor penuh-penuh. bawak duit 20 hengget pakai helmet, bawak lesen and air mineral, pusing bandar. Tengok dunia. Biasa aku pilih jalan-jalan kampung. Sebab kebosanan tu terubat dengan mencari ketenangan. Sebab zaman duluan, tak tahu cara terbaik nak cari ketenangan selain buat macam tu.

Pathetic kan? Jadi loner ranger. 

***

Hari-hari terakhirku sudahi dengan beberapa urusan di bank. di wisma. Buat ic baru, pakai tudung indon. owh, asalnya nak p buat pasport, tapi makcik gad tu cakap, ‘alang-alang adik kat sini, lebih baik adik buat ic baru terus.’ Angguk je lah. Dah memang tak ready untuk buat ic, tak prepare la tudung yang warna gelap. Waktu nak bergambar tu, dia suruh tukar tudung. Masalahnya, tudung yang dia sediakan takdak tudung bidang 50++, lagi pula tudung yang dia sediakan jarang. 

Fikir punya fikir, amik je tudung indon tu. then pakai je terus, tak tukar-tukar tudung asal. Tudung indon tu pun tudung yang saiz kecik. +_+ 

Tapi kerana dah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alhamdulillah. alhamdulillah. Dapat ic baru, untuk kali ke lima. #hehs. 

***

Dah siap pasport, untuk hujung tahun ni sebenarnya, sebab tiket murah sangat, detailsnya tak tanya dulu. Dah siap pasport bagai, ter-sentap kot jugak. Sebab buat keputusan tanpa syura. Lastnya, tiket tak jadi book, Then, bila dah dapat permission bagai, nak book tiket, dah jadi 320 yang asalnya 126 je. Menangis semalaman. 

Teringat kisah dalam ayat kat bawah. 

9:46. Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu.”

Pernah ditadabbur ayat ni. Cerita dia macam ni. Kalau kita memang nak pergi somewhere-somewhere tu, kalau kita betul-betul nakkkk, betul-betul nakkk, for sure kita akn bersiap cepat-cepat. Kemas barang awal-awal. Nak tunjuk betapa kita nak turut serta. Tapi, ni, sebab kita pun macam taknak, kita tak bersiap lah. Tak berkemas untuk join mende-mende. Then, dah kita taknak, Allah pun lemahkan keinginan kita. Yang asalnya memang macam naktanak, last-last Allah menampakkan taknak terus. 

Lepas tu, cuba tengok ayat seterusnya, 

9:47. Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antaramu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

Allah kata, kalau orang-orang macam tu pergi selagi pun, bukannya ada kebaikan pun. Malah menambahkan kekacauan. Mengabehkan boghah ajo (menghabiskan beras je). Kan? huhuh. 

dan, disebabkan aku memang nak pergi sangat-sangat sana hujung tahun ni, harap sangat Allah bagi. Allah lepaskan segala kesulitan ni. Sebab memang, tanpa pertolongan dari Dia, tak mampu aku. tak mampu. Sobs.

#self-reflection

***

Sekarang kat Coral. Dah tinggalkan Buruj dah. Mus’ab pun dah dihantar pulang. insyaAllah. Balik nanti naik jerung je lah. Tahun depan dah Semester 5. 2 tahun lagi di sini untuk mengembangkan sayap-sayap malaikat. May Him ease.