Favourite kat sini. Berebut-rebut tiap kali nampak ikan keli. macam takda lauk lain.

Image

Makanan tengahari. Ikan keli + sayur + half nasi.

Kawan kata, “makan sampai licin. Kalsium!” Terus aku gelak!

Tiba-tiba teringat Allah cakap,

37:53. Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?”

Takut kan? Kalau pun badan kita di masa kat dunia matinya disebabkan oleh terbakar hingga tingga debu-debu pun, tetap akan dibangkitkan semula untuk pembalasan. Teringat surah Al-Waqiah. Mula-mula baca terjemahan, best je, tentang syurga. Tentang golongan kanan (sebab perasan duk dalam golongan kanan). Lepas tu, baca punya baca, tak pasal-pasal sebak. Kenapa? Cuba lah tengok terjemahan dia.

***

Hari ini. Selepas subuh. 

“Ramai orang invite saya untuk datang majlis kahwin dia.” Sambil menghulur2kan kad-kad kahwin.
“Apa hukumnya bila saya tak pergi majlis kahwin tu ye cikgi?” Sambil perlahankan televisyen.

“Bila dapat jemputan, wajib kita pergi kalau kita takde benda yang lagi penting yang kita kena buat.(Tak ingat hadith nya). Untuk ziarah. Untuk menyambung sillaturrahim. Mungkin dah lama sangat kita tak jumpa, so, dengan kehadiran kita ke majlis kahwin ni, boleh jumpa orang lain jugak.” Sambil lipat-lipat baju.

“So, kalau kita tak pergi, dosa je lah eh?” Erk, jatuh rahang. Terlopong kejap.

“Tapi kan kak, dosa tu kan, besar efek dia tahu. Sebab, satu dosa kita buat, satu titik hitam bertanda pada hati.Kalau banyak dosa, makin kelamlah titip hitam tu. Sebab tu, kalau time kita rasa kita study, susah sangat ilmu nak masuk tu, muhasabah balik lah diri kita. Makan kismis banyak mana pun, kalau tiap hati dosa duk berulang-ulang kali buat tanpa taubat, kelam situ jugaklah hati tu.” Sambil perlahankan lagi volume tv.

“Owh, patut lah kanak-kanak mudah je nak serap ilmu tu kan?” Lipat-lipat selimut.

“yup! sebab diorang takde dosa. Sebab ilmu tu cahaya. Cahaya tak masuk pada hati yang gelap sangat. takdapat tembus. Macam Objek legap.” Teringat lagi surah Waqiah.

***

Kita Menolak al-Hawa: Muntalaq Bab 1. 

Hati kecil semalam, nak keluar taknak keluar. Duk pikir2 macam tu sampai sudah. Tiada jalan tengah. Either putih dan hitam. Either syurga atau neraka. Either dosa atau pahala.

Lastnya, keluar jugak. Tapi lepas banyak-banyak hal dipertimbangkan. Dan alhamdulillah, keluar tu bukan keluar yang sia-sia. insyaallah.

***

Petang nanti, last paper. BMM 3117. Takut. sirius. tambah lagi tiba-tiba je migraine datang. Ubat campak mana entah. Takyah makan ubat. Tak function. Sujud banyak-banyak bak kata ukhti-ukhti kesayangan.

Study memang study, tapi study sebab itu usaha aku nak tunjuk pada Allah. Faham tak faham perkara nombor dua. Sebab Allah yang kasi kan? Tapi jangan lupa minta doa banyak. Tapi sirius, memang takut. Tapi, Allah ada.

Entah berapa banyak tapi aku nak ulang.

***

bangun tiap pagi ingat mutabaah amal. Ingat aim hari ini. Ingat apa niat aku bangun hari ini. Ingat apa kebaikan aku nak buat hari ini. moga hidup makin tenang. =)

ke arah nak jadi lebih matang. lebih positif. lebih kuat. Qowiy!