“Awak nak stay atau awak nak balik? Kalau nak stay, malam ni sambung pengisian yang tadi. Kalau nak balik, takpe je kalau misalnya ada perancangan lain.” Kak nina menyoal Azrin. Berkerut-kerut dilihatnya pada hati Azrin. Ibarat berfikir masalah seantero dunia.

“Erk. Nak stay, tapi…..” Senyap. Mungkin, serba salah. ‘Perancangan untuk esok sudah dibuat. Takkan tiba-tiba nak tukar macam tu je?’ Hati kecilnya berceloteh. 

“Bukan taknak, tapi tak bawak apa-apa…Kalau memang benda ni dua hari, awal-awal lagi Rin bawak barang-barang keperluan diri.” Raut wajah yang sukar ditafsirkan. 

“Awak tak bawak apa-apa ke? hey, kata nak jadi traveller?” Angkat kening. Sambil bibir menyimpul senyum. 

“Hadith 40?” Mulut laju bertanya. 

‘Jadilah engaku di dunia ini seperti orang asing atau pengembara. Jika kamu berada di waktu petang, jangan tunggu waktu pagi, jika kamu berada diwaktu pagi, jagan tunggu sampai waktu petang. Gunakan masa sihatmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk masa kematianmu.’ (Hadis Riwayat Bukhari)

“Kalau nak jadi pengembara, mesti dia sentiasa bersedia. Tak kira apa yang berlaku dalam perancangan atau tak. Dan, pengembara itu, akan memanfaatkan apa yang dia ada waktu itu. Ini peluang Allah bagi pada awak untuk ada diri. Kalau awak rasa taknak stay sebab barang-barang tak cukup ke apa ke. Dalam kereta akak ada ada baju. dan mungkin keperluan-keperluan lain yang awak nak.” Lembut suara itu menuturkannya.

Memujuk hati yang sedang merajuk, mungkin?

Tanpa menjawab persoalan, dia keluar membawa diri. Mungkin mengambil angin, menyejukkan hati yang sedang dingin. Sedang juga berusaha memujuk hati dan meminta pertolongan pada Dia untuk memilih. Mundar. mandir. 

Handphone pada tangan dilihat. Pantas menekan nombor Kak Nina. 

“Akak, Azrin stay. InsyaAllah. Nak barang. Baju.” 

p/s: Pengembara yang bersedia, dengan ketetapan masa yang ada. 

 

***

Ukhuwwah tu, bukan sebab kita dah lama kenal dia. tapi sejauh mana kita mencinta dia sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri. 

 

Minta tolong temankan saya pergi kedai hujung sana kejap tak? Nak beli berus gigi. Lupa ambil tadi.” – “Laa, kenapa nak kena beli, pakai je yang saya punya.” 

 

ataupun, 

 

“Ala, lupa nak tarik tuala kat sidaian tadi. Hurm. Susahlah nak mandi macam ni.” — “Eh? takpe, kita share je lah.”

 

ataupun,

 

“Awak, guna deodo jenis apa ye? Spray ke roll?” — “Saya guna jenis roll. Kenapa, nak ke?” — “Takpelah.” — “Ala, saya tak kisah je nak share kalau awak tak kisah.”

 

Dan akhirnya, senyum keduanya berbalas. Indah bukan? 

***

Al-Akhfiya’: orang-orang yang tidak suka popularitas.

Tidak suka popularitas bukan bermakna kita boleh beruzlah. Tapi berusaha untuk menyembunyikan amal ditengah-tengah masyarakat. 

Tapi jangan pula menjadi al-akhfiya’ yang pemalas. 

[Orang-orang Yang Tidak Suka Popularitas: Walid Bin Said Bahakim]

 

***

Sungai-sungai di pipi. Mencipta kenangan di saat bertemu, agar kenangan itu boleh diulang tayang saat hati perlu. 

Jazakillahu khairan katheera dear sisters! Sungguh, aku akan ingat air mata yang mengalir saat kita berpelukan itu. Menggenggam tugas dan menggalas amanah ini. aku tak keseorangan kerna Allah menghadirkan kamu. 

***

Setiap hari, saat terbangun dari tidur. Bangunlah dengan misi untuk mencelikkan mata mereka disekeliling. Supaya bangun kita tak sia-sia. 

***

the only way to istiqamah di jalan yang menyeru manusia kepada Allah adalah SABR. -Kakak M-