i. 

Image

Hadith 20 daripada kumpulan Hadith Arba’in.

Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghidnarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan Illahi atas gerakgeri, yang menyebabkan terpelihara zahir dan bati dari segala perbuatan atau unsur=unsur yang membawa kepada kemurkaan Allah. (Pengertian Malu)

 

-Bila tengok hadis ni, terbantut nak buat benda-benda pelik yang kononnya unik dan cool. 

 

ii. 

Image

Tertarik tulesan dalam buku Jalan Menuju Kebebasan yang digarap oleh Syeikh Mustafa Masyhur yang juga merupakan penulis buku Bekalan Dalam Jalan Dakwah berkata:

Pada hakikatnya siapa yang bekerja tentu akan mengalami kesalahan dan sesiapa yang tidak bekerja tidak akan berhadapan dengan kesalahanan. Tetapi kesalahan yang mungkin dilakukan hanyalah kesalahan parsial atau kesalahan yang tetap dalam niat dan batas yang baik yang mengharap pahala dari Allah. 

 

[Bab: Ujian dan Tribulasi Dalam Jalan Dakwah]

 

iii.

Dia sedang sakit. dan dia juga. Dan, ada satu hadis. tak ingat penuhnya bagaimana tapi isinya lebih kurang macam ni, 

Kalau kamu temui orang yang ditimpa musibah. Gembirakanlah hatinya. 

 

Ada syarah hadis tu, tapi lemah saya, pada ingatan. Mengambil isi yang paling utama yang saya perlukan. hingga lupa pada yang lainnya. sigh -_-‘

iv.

Esok ada walimah seorang kakak. Malam ni saya gerak ke sana. Barakallah. Saya hadir untuk akad nikah sahaja. kerna hujung minggu masih lagi dibook oleh sesuatu. InsyaAllah, perancangan Allah pasti lebih baik. dan, saya berharap, ini yang terakhir untuk kami satu kelas. 

v.

Semalam. hampir sejam bergayutan dengan orang kat oz. to be exact, brisbane. Rindu. terubat. Lapang rasa Dear u, kumpullah sebanyak mungkin tarbiyyah sepanjang di sana. Medan akan berbeza. moga, apa yang kamu kutip di sana, mampu menguatkan langkah kaki kamu di sini. 

Image

Tagline di sini: Never assume, ask. 

vi. 

Dan untuk diri sendiri, its not escapism. Insyaallah. Bila mana rasa sangat yakin dengan perkataan its not escapism. Mungkin perlukan sedikit kekuatan. 

2:216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.