Kata dia, suatu hari tu,

“akak tak mampu nak dig hati awak tiap kali usrah. Akak tak tahu apa yang awak nak sebenarnya. Sebab benda tak diceritakan secara jelas. akak tak mampu.” 

qadhaya kami berdua. hari tu. menadah gelap pekat malam. menghadap Royale Bintang Hotel. 

***

Semalam…

“Ada nak cerita apa-apa ngan akak? Lama sangat dah kita tak jumpa kan? hurm.”-Aku.

senyap. sunyi. sepi. 

“Hari ni akak taknak bercakap. Cukuplah adik-adik yang bercakap. Asyik akak je yang bercakap.” -Aku

sepi. sunyi. senyap.

“Takpe. korang fikir dulu ayat korang nak cakap apa. Akak nak cari ayat yang akak nak share ngan korang. Tu pun, kalau awak masih senyap macam ni jugak. Tapi tengoklah keadaan.” -Aku

sunyi. sepi. diam. 

“Hakak, kenapa garang sangat hari ni? Takut.” -Mereka

***

Terus, aku teringat murobbi. Aku teringat kata-kata kat atas. dan, terus, aku istighfar. Rasa macam cepat sangat melatah. Padahal, bukannya aku tak kenal mereka. Bukannya tak tahu mereka macam mana. 

Aku rasa sukar. Aku rasa susah. Tambah lagi, pertemuan semalam, sememangnya aku tak prepare dari sudut pengisian. Walaupun dari sudut makanan dan masa sudah direncanakan. 

Hati aku yang perlu disentuh. terlebih dahulu. sebelum aku, menyentuh hati mereka. Dan semalam, merupakan peringatan terbesar buat aku. Diingatkan oleh kata-kata sendiri yang asalnya aku tujukan adik-adik. Allahu akhbar. 

Image

Menjadi seorang murobbi itu, bukanlah untuk bersuka-suka. bukanlah untuk mendapat title atau apa sahaja. Tapi tujuan asalnya untuk menyentuh hati-hati. tetapi, si murobbi itu adalah mutarabbi juga.mutarabbi kepada murobbinya dan mutarabbi kepada mutarabbinya. (heh, macam terbelit.)

dan. bila difikir balik, banyak perkara yang aku belajar dari mereka. dan banyak perkara yang aku baiki sejak bersama mereka. Bukanlah aku lakukan semua ini kerana mereka, namun, aku melihat Allah mengajarku sesuatu bila bersama mereka. 

kata para murobbi yang aku temui, “banyak-banyak benda, kita akan dari mutarobbi kita. dan nak belajar banyak benda. kena punya mutarobbi, supaya awak, boleh jadi murobbi. keduanya, saling melengkapi.” 

dan, sebenarnya, apa yang aku ingin katakan di sini, kalau kita nak rasa apa yang murobbi kita rasa saat bertemu dengan kita, atau saat kita ada masalah, dan membuat masalah, lihatlah pada perasaan kita sewaktu mutarabbi kita berhadapan dengan perkara-perkara tersebut…

Menggali hati manusia itu tak mudah. 

bukan seperti menggali tanah untuk membuat kubur, atau menggali tanah untuk membuat perigi. 

 

Sabarnya lain macam. 

sebagaimana bezanya sabar seorang cikgu biasa dan seorang cikgu yang mengajar kanak-kanak berpendidikan khas. 

18:28. Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

 

***

apa pun yang berlaku, sebenarnya refleks balik pada diri kita. sebab sebenarnya, kebanyakan kisah, bila aku pandang belakang pakai cermin sisi kanan kiri, ia peringatan dan teguran untuk aku dari Allah. 

jadi, sebelum aku menggali orang lain, aku yang patut digali. Jangan harap pada murobbi untuk menggali, sebab, mungkin murobbi tak mampu untuk gali hati kau sedalam-dalamnya, tapi, rasanya, hati kau, kau mampu untuk gali. 

insyaallah. =)