Dia menapak. menghampiri wanita itu. Melihat wanita itu, tekun, menghadap laptopnya. Mungkin sedang menyelesaikan sesuatu urusan. Atau, mungkin juga sedang menulis di blognya. Entah, dia tidak pasti tentang itu. Kehadiran dia di situ pun, hanya memenuhi kerja kumpulan. Maka, wajib baginya untuk datang. 

“Kau dah lama sampai?” Terus, wanita tersebut mengangkat wajah. Tajam pandangan mata itu. 

“Kau baru lepas hisap rokok eh?” Mood baik dia hilang. Syukur, dia bukan yang berdarah panas namun, telinga berdesup juga mendengar soalan tersebut. 

“Kau ni, tiap kali aku datang, mesti kau tanya soalan tu. Bosan lah. Macam takda soalan lain kau nak tanya aku. Tanyalah sihat ke, dah makan ke. Apalah kau ni Amir.” 

Sedass jelingan lahir dari mata wanita itu. 

“Kau tahu kan, dah berapa kali aku cakap, kalau kau nak hisap rokok, aku tak halang tapi jangan sebarkan asap rokok atau bau asap tu depan aku. Kalau kau nak mati cepat, jangan ajak aku. Taubat aku pada Allah masih tak cukup untuk mati sekali dengan kau.” Kasar ayat itu menyinggah cuping telinganya. Dia tahu dia yang salah. Wanita itu, pernah memberi pesanan. Silap dia tidak mengunyah gula-gula Hacks terlebih dahulu. 

“Seluar tu lagi satu hal. Takleh pakai seluar panjang lagi?” Mendatar suara itu. Mata tidak dilarikan dari skrin laptop. 

“Kena lagi.” Dia mendengus. Bosan. 

“Kau datang sini, dah solat isyak belum? Kalau belum, jauhkan diri dari aku. Langkah longkang sebelah tu surau. Mana tau, dah lupa jalan ke surau.” Pedas kata-kata Amir. Atau nama panjangnya, Amiratul Nadia. 

Amir masih lagi menghadap laptop. Bagai ada sesuatu yang perlu penumpuan yang maksima yang sedang dilakukan. Dari hujung mata, dia melihat Syahid berlalu pergi. 

Hatinya segera beristighfar. Istighfar atas kata-kata yang dikeluarkan. Hanya kepada Allah dia berserah. Kata-kata itu lahir dari hatinya, kerana kasih sayang seorang kawan terhadap kawan, yang tampak sedikit hanyut. 

Setengah jam kemudian…

“Nah, untuk kau.” Syahid menghulurkan air kotak perisa Laici kepada Amir. Senyap. Tiada sebarang suara yang kedengaran. 

“Kau marah aku ke?” Syahid menutur perlahan. 

“Marah tak marah. Kau tahu apa yang kau buat tu salah, menzalimi hak diri kau sendiri, tapi kenapa kau buat jugak? hah? Kau tahu aurat yang kau kena jaga paras mana tapi kenapa kau pakai seluar pendek jugak? Kalau tadi, aku suruh kau solat kat sini je, yakin kau nak solat tanpa menampakkan aurat dengan keadaan lutut kau yang terdedah tuh?” Amir menuturkan ketidakpuasan hatinya. Sudah lama dia menahan mulutnya. Khuatir, teguran yang disampaikan secara terbuka mencabar keegoon seorang lelaki.

“Kau kata lutut aku terdedah, kau tengoklah eh lutut aku? Berdosa tauuuu.” Syahid, cuba memecahkan kedinginan suasana itu dengan lawak yang tak lawak. Amir, diam. Senyap. Sepi tanpa suara, namun kelihatan pada dahinya tanda kerutan itu. 

“Pandai kau buat lawak. Benda yang dah terdedah, kalau aku tutup mata, kang aku yang tersadung. Nak tak nak, memang akan ternampak. Orang tunjuk, ktia taknak tengok pun akan nampak jugak.” Amir mengomel. 

“Itulah perasaan aku bila tengok wanita-wanita kat luar sana tak tutup aurat.’ Syahid cuba menukar topik. Amir takkan benarkan. Dalam hati dia beristighfar. Risau andainya syaitan menyucuk hatinya. Walau di sekelilingnya ramai orang.

“Jangan cuba nak tukar topik Syahid. Kau tau aku sedang cakap pasal apa.” Amir memberi amaran. 

Syahid mendengus, perlahan tetapi masih jelas pada pendengaran Amir. “Amir, kalaulah kau tahu apa yang aku sedang rasa ni, mungkin kau akan lebih faham. Sekarang yang aku harapkan, Allah kembalikan balik diri aku yang lama dulu. Tapi, kadang-kadang aku tak mampu. Stress terlampau bila ingat masalah aku. Hinggakan hari tu, kau tak sedar, aku dah menghabiskan sekotak rokok dalam tempoh sehari. Aku tak boleh nak cerita masalah aku pada kau, sebab masalah ni, aku je yang boleh selesaikan. Dan, tiap kali aku fikir untuk selesaikan masalah ini, mesti aku stress. Aku tension. Nak buat macam mana pun tak tahu.” 

“Takda masalah yang tak boleh selesai Syahid. Setiap orang ada masalah. Beza, bagaimana orang tu hadapi masalah dia. Bukan dengan cara memusnahkan diri sendiri macam kau nih.” Nada kekecewaan pada suara Amir. 

“Kau tahu, stress aku tu, hingga aku rasa lost hope pada Allah. Nasib, aku masih solat, walaupun di hujung-hujung waktu. Yang tu je yang aku mampu jaga sekarang.” Kedengaran, suara pengharapan yang dia keluarkan. Dan Amir, diam. Istighfar. Dia mengharapkan Allah memudahkan segalanya untuk kawannya. 

“Hurm, aku tak tahu apa masalah kau. Tapi, kau yakinlah pada Allah. berat macam mana sekalipun yang kau hadapi, pujuk diri kau, pujuk hati kau untuk yakin pada Allah. Allah tak zalim untuk uji kau dengan beban yang kau tak mampu tanggung. Kau hafaz kan ayat 216 surah Al-Baqarah tu. Sayanglah. Kerana masalah kau yang tak memberi keuntungan langsung pada dunia, hingga menyebabkan kau jauh dari Dia.”

Syahid tak mampu berkata-kata. Kerana dia tahu ada kebenaran di situ.

“Dah lewat dah. Jam 11 malam dah nih. Dah makin ramai yang beransur balik. Hurm, aku ada satu video nak tunjuk. Tapi cuba faham lah. Moga dapat sentuh hati kau.” 

Image

“Hurm, nak cari kawan nak buat baik. Susah giler. Ajak solat jemaah dalam bilik pun susah. Bukan ajak jemaah kat surau pun. Tapi, nak buat jahat nih, buat sorang pun boleh. Kalau nak ajak orang sekali, lagi lah orang lain suka. Sebab tu, aku mampu doa je. Tak mampu nak buat lagi.” -Syahid

“Kau harapkan orang lain, masalahnya, kau taknak paksa sikit diri kau. Takpelah. cubalah. InsyaAllah. kalau kau betul-betul memang nak diri kau yang dulu. Allah akan bagi. Tapi mungkin perlukan masa. Well. sebab Allah nak dengar orang meminta-meminta dengan Dia. Selayaknya seorang hamba.” -Amir.

“Lagipun, satu benda kau kena yakin bila kau doa. Kau kena yakin Allah akan makbulkan. Tak kisah bila pun, tapi yakin Dia akan makbulkan. Tapi, aku lagi suka, benda-benda yang kita minta nih, Allah makbulkan kat akhirat. Sebab, akhirat kan kehidupan yang kekal. Lagi lama kita boleh nikmati doa kita tuh.” 

Amir menarik begnya. Bangun. dan melangkah pergi. Cukuplah. Selebihnya, serah pada Allah. Serah pada Allah. Kerana, Allah yang selayaknya menjaga hati itu, bukan dia. Bukan dia.

29:69. Dan orang-orang yang berjihad(bersungguh-sungguh) untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

********

Allah nak tolong kalau kita nak. Cuma, kadang-kadang, mungkin perlukan masa untuk Allah tolong. Bukan kerana Allah tak punya masa untuk tolong, tetapi, Allah nak bersihkan hati kita dengan sebersih-bersihnya. 

Hey, kamu, beruntunglah! 

p/s: tulisan di kala tengah berfikir nak share apa dengan adik-adik untuk berbujuran gumbira. malam ini. =) May Him ease. allahu akhbar.