Image

Sungguh, bila bertemu mereka, si adik-adik, hilang terasa penatnya. Mungkin kerana ada rasa cinta pada hati. Allahu akhbar. Dan kerana, mereka juga harapan aku. Mereka benih-benih yang ku cuba untuk semai.

Namun, kadang-kadang muncul juga rasa goyah pada hati dengan apa yang aku bawa. Bukan kerana aku tidak yakin, tapi lebih kerana kurangnya kebergantungan pada Pemilik Hati.

Bila melihat, mereka, yang pernah bersama-sama di jalan ini, sedang berusaha, aku melihat bahawa usaha aku masih lagi yang paling sedikit, yang paling rendah dan kerna sebab itu, aku rasa bila mereka semua bercakap tentang kesungguhan berdakwah, aku masih lagi merangkak-rangkak. Masih lagi dalam fasa trial and error.

Entah bila mau matang.

Dalam proses insyaAllah. Kata hati waktu semangat itu, waktu kematangan itu di level paling rendah. Aku tahu, setiap apa sahaja yang allah kurniakan adalah fasa tarbiyyah untuk aku, untuk itu, aku harus bersabar. harus bersabar, kerna pada awal kisah islam lagi, aku telah didedahkan dengan kesukaran, maka, sekali hati telah ditawan, mana mungkin aku mengalah.

dan, saat ini, aku cuma mengharapkan apa yang aku buat, Allah redha. dan aku cuma mengharapkan apa yang aku buat, hati aku ikhlas. hati ini jujur. bukan hipokrit. sembunyi disebalik kesusahan yang dihadapi. kerna, aku dan mereka, serta Dia juga sama-sama tahu yang untuk berada dalam saff ini, adalah sukar. melainkan mereka yang benar-benar tegar.

Perbualan panjang, dengan murobbi semalam, membawa aku kepada satu amanah baru. dan aku tahu, amanah yang harus digalas, bukanlah boleh dipilih-pilih. bukan. tetapi ia amanah yang memang wajib aku terima. dan. bismillahirrahmanirrahim. hanya kepada Dia aku memohon pertolongan.

be.la.jar. itu yang perlu untuk waktu sekarang.

kerna. sesiapa pun, asalnya bermula dengan kosong. yang menambahkan isupadu mereka adalah pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan. maka, tiada alasan untuk mengatakan tidak.

penulisan yang agak caca merba. tiada jelas hujung pangkalnya. mungkin kerana, pelbagai perkara yang aku simpankan dalam hati. hingga membawa kepada tulesan yang emosi.

Allahu akhbar. rabbi yassir. wa la tu a’ssir.

may Allah ease. huhu. bukan. may Allah guide.

9:111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Moga, jual beli ini jual beli terbaik. dan moga, Allah menambahkan lagi harga pada jual beli ini.