Kejohanan Bola Baling Tertutup. Dua hari sebelumnya, Kejohanan Olahraga Tahunan. 

Kiri: Aku rasa, lihat pada kulit muka ni kan Kanan, aku rasa aku dah dapat cahaya matahari yang secukupnya.

Kanan: Heh, baru perasan kulit kau dah gelap? Orang kata baju bergerak, kereta berjalan kalau nak aku gurau lagi kasar. haha.

Kiri: Aku rasa, aku ngan kau, aku yang putih lagi.

Kanan: Kiri, kau pernah tengok tak orang Afrika? Yang Afrika betul-betul tu? Yang kulitnya hitam bersinar-sinar tu?

Kiri: tengok dalam televisyen aku pernah lah. Kenapa?

Kanan: Aku terfikir, kalau lah Allah nilai manusia tengok pada warna kulit, mesti orang-orang Afrika tu takda peluang langsung kan nak masuk syurga?

Kiri: Erm. Orang yang kulit-kulit gelap macam kita ni pun takda can jugak ar kalau Allah nilai manusia ikut warna kulit. Kejam kot kalau Allah buat camtu. Dah le ciptakan kita gelap gulita, lepas tu matikan kita pun dalam keadaan gelap jugak. Lepas tuh, nilai jahat baik kita pun tengok kulit kita. Habeslah. Tak merasa lah kita hidup kat syurga.

Kanan: Sebab tu Allah tak nilai manusia ikut warna kulit. Cuba tengok sekarang kan, banyak benda dalam dunia ni manusia duk kecoh-kecoh. Warna kulit lah, bangsalah, henpong canggih lah apa kenama? hah, galaxy tab, ipad semua tu. Lagi? hah ferrari. Kereta mewah, rumah besar. Lagi lah tak merasa kita nak hidup kat syurga.

Kiri: Kalau Allah nilai ikut semua benda tuh, apa guna aku buat baik kat orang? Apa guna aku sembahyang jemaah 5 kali sehari? Apa gunalahhhh bagi sedekah derma banyak, kekang nafsu aku, tahan nak hisap rokok dan solat semua tuh kalau Allah nilai baik buruk manusia sebab semua benda yang kau sebut tu?

Kanan: Sebab tu..Allah tak nilai kau, aku, dan semua orang atas bumi bawah langit ni ikut benda-benda macam tuh. Kalau tak, semua yang gelap-gelap, yang miskin papa kedana, yang kurus kerempeng ni takde can ar nak masuk syurga. Alhamdulillah Allah nilai manusia ikut apa yang ada dalam hati, and yang terzahir dengan perbuatan manusia tuh kan…

Kiri: Weh, kau ingat tak siapa nama orang yang mula-mula sekali azan kat dunia ni? aku tak ingat lah nama dia tapi yang aku ingat, dia pun gelap jgk. macam kita. hehe.

Kanan: haha. lawak. Tapi, gelap-gelap dia pun, penghuni syurga tu. Bilal. Bilal bin Rabah.

Kiri: hah! Kau punya otak bagus ar. Ingat tak kisah dia macam mana weh?

Kanan: huhu. Kisah dia sedih jugak lah awalnya. Tapi bila ingat ganjaran Allah bagi kat dia, macam best giler!

Kiri: Kau duk buat muka teruja ngan aku itu best, aku pun teruja dan excited jugak ni tapi masalahnya, kau tak cerita pun kat aku.

Kanan: Sat lah. ambil mood orang tua kata. haha.

Kiri: Orang tua mana pulak. isk.

Kanan: Shhh. Diam-diam.

Kiri: Kira ni jadi bedtime story eh.

Kanan: Eh? aku ingat sekarang kau nak aku cerita?

Kiri: Boleh, tapi masalahnya, kerja tak settle lagi ni. Siapa nak kemaskan alatan tu semua kalau kita duk lepak sini?  Alah, bukannya duk jauh-jauh pun. Bilik aku, bilik kau juga…

Kanan: Okeyh. insyaAllah.

Kiri: jangan lupa. Ingatkan aku kalau aku yang lupa.

Kanan: Sat eh. Aku letak dalam memo. Aku ni susah sikit ingatannya.

……..

Image

menghadirkan roh di konferens riang bersama adik-adik dan akhawats yang lain.

biarlah jasad tertinggal di sini, moga doa turut datang bersama.