Pesanan dari sana. Hanya secebis. tapi bermakna. 

“Apa yang kita sedang buat nie, takda rasa manisnya kalau kita tak terlibat dengan halangan. dengan cabaran. kalau semuanya mudah…kita mungkin tak sedar apa yang sedang kita buat. ”

“kalau kita rasa kita busy macam mana sekalipun, atleast, atleast jumpa lah murobbi kita tu, adik-adik kita tuh, walaupun mungkin sekadar nak tanya khabar. atau makan. Andai kata tak boleh nak usrah dan berbulatan secara gembira sekalipun. Kalau waktu praktikum nanti, lagi lah awak akan rasa yang masa tu sangat limited. Kalau pun tak boleh nak jumpa pun, facebook ada, telefon ada. Gunalah.”

“supaya, adik-adik awak tak rasa yang awak tak hiraukan mereka. supaya adik-adik awak rasa, yang mereka ada dalam ingatan awak. walaupun mungkin lah secebis sms, mungkin seminit dua panggilan, cubalah. Sekurang-kurangnya, masih ada jalan yang boleh menghubungkan adik-adik awak dengan awak, walaupun untuk berjumpa tidak berpeluang.”

“dan dengan murobbi, atleast pun, jumpa atau call. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut si murobbi, mungkin boleh menghidupkan semula hati yang kering. Bila mana dunia mula mengejar. kalau boleh jumpa, walaupun untuk makan sama, jumpalah. jangan biarkan diri kita seronok dengan kesibukkan yang diletakkan atas bahu kita. kalau sibuk untuk mentarbiyyah, lain perasaannya, tapi kesibukkan dunia ni, lain rasanya. Mungkin akhirnya, sampai satu saat, kita pun tak sedar yang kita ni dah jadi robot balik.”

“tak mampu buat banyak, buatlah sedikit. istiqamah tu penting. kita rasa takda nilai istiqamah kita tuh, tapi pada Allah, nilaian itu sangat besar. Sebab ia beserta dengan mujahadah kita.”

“hidup kita ni untuk belajar. belajar dari kehidupan. Sebab itu, Allah bagi kita peluang untuk kita tempuh macam-macam. Supaya kita belajar.”

“Akak bermula sangat lambat. sangat. Hingga akak rasa sangat rugi. Tapi, Allah lebih tahu kan. Setiap orang, ada fasa yang berbeza terhadap sesuatu. Awak, dah sangat beruntung, sebab pada saat ini awak dah bermula, sedangkan pada waktu akak dulu, masih lagi merangkak-rangkak.”

“kita jangan ingat, apa yang kita buat sekarang ni, boleh menjamin kita untuk dapatkan tempat di syurga. Tak, yang kita nak sekarang ialah, apa yang kita buat sekarang ni boleh bantu diri kita untuk dapatkan rahmat daripada Allah. Sebab hanya kerana rahmat daripadaNya lah, kita dapat masuk syurga. Bahkan, berada dalam jalan ni pun, kerana Dia yang pilih kita.”

“mungkin sahaja Allah ganti kita nanti dengan orang lain yang lebih baik. Alang-alang Allah dah pilih kita, maka, buatlah yang terbaik. buat yang terbaik. Sebab apa yang kita buat sekarang ni lah untuk kita persembahkan pada Allah nanti.”

Takkan nak persembahkan hasil kerja yang cincai-cincai pada Allah kot?  

 

***

Moga, pertemuan yang secebis ini, membawa kepada pertemuan syurga. kelak. harap.