Kembalinya aku dari sana. 

Naik bus, dia bagitahu, “pauh, tempat untuk ko takde. aku terlambat.”

tapi aku nampak dia ada tempat. bukan dia janji nak duduk dengan aku ke? Takpelah. redha2. then, ada bising-bising dalam bas, marah-marah. hati yang tenang tadi berkocak. Alhamdulillah, end up, aku dapat jugak tempat. sebab 4 orang lelaki tu bawa balik kereta seorang kawan yang lain. 

Aku duduk. istighfar atas perasaan yang wujud dalam hati. 

Allahu akhbar. Sejak dulu lagi, aku bertanya pada diri, kenapa bila berurusan dengan orang yang tak ditarbiyyah, orang yang tak sefikrah, orang yang tak berbulatan, kenapa nak double standard? 

Masih wujud. masih wujud jahiliyyah ini dalam diri. =( 

Bukan sekali ia berlaku, malah berkali-kali. Kenapa bila bersama akhawat boleh pula nak berlapang dada nak bersangka baik? 

Kenapa perlu wujud sikap tidak adil? kenapa tak boleh nak berlaku adil pada semua orang disekeliling? 

Teringat sewaktu jadi fasilitator untuk IkramTeens Negeri Sembilan, tertulis dalam salah satu slide waktu itu, “akhlak itu, cerminan hati.” 

Means, hati aku ni masih sangat-sangat terpalit dengan jahiliyyah? 

Allahu akhbar. Aku cuba. aku cuba untuk berlapang dada dengan semua orang. tapi, tapi tak semudah yang disangka. Kalau lah jahiliyyah dalaman ni semudah membuang jahiliyyah luaran, pasti pasti hidup lebih bahagia? kan? 

66:8. Hai orang-orang yang beriman, bertobatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,

Istigfar2. dan air mata pun mengalir. Aku kalah dengan hati sendiri. Kalah bila mengingatkan bahawa, mencari kesempurnaan itu dalam mencintai dan menggapai redha Allah itu menuntut segalanya untuk dikorbankan. 

segalanya, harus dikorbankan. harus. 

Image

 

  • sbb hati tu raja

  • sbb tu kena sentiasa jaga n ambil peduli

  • sbb dia berkuasa

  • so makan pakai dia kena jagala