(1) 

Awak kat mane? Akak nak solat dulu. 

Saya kat bilik lagi. Sekarang jam 8 suku. dalam 8.30 pagi saya sampai rumah akak. Boleh?

Okeyh, insyaAllah.

Hati bercakap sendiri. Dhuha, later. Di Shah Alam nanti. Yakin sangat akan sampai sebelum tamat waktu dhuha, kemudian Allah uji. 2 jam bersesat-sesat. hingga aku sedar, tunaikan dulu apa yang engkau janji pada Pemilik Kuasa. tunaikan dulu. 

khatimahnya, aku berhenti. mencari masjid. Dhuha dulu. Baru rasa tenang. Waktu itu, dah hampir jam 12. Kemudian, dengan mudahnya, jalan itu tampak lurus. Allah. aku menangis sendirian.

***

(2)

Bangun awal, prepare. Untuk pertama kalinya, di minta menjadi muwajih (penyampai) muqaddimah sebuah kisah besar. Allahu akhbar. Cuak. Berdebar. 

Awal tahun dulu, pernah ada yang memberitahu aku, untuk bersedia. Tapi atas sebab tertentu, persediaan aku dua minggu tu, tidak dapat dimanfaatkan langsung. Lega. 

Kali ini, mereka bilangnya pada aku 2 hari sebelum. study, recap, refresh. Buka semua nota. Cuak. tapi rasa tenang. Berdebar, tapi relax. Sukar nak cakap. Aku praktis. Ikut flownya. 

Sampai sana, tengok muka-muka baru, yang tak pernah ku temui lagi. segala yang ada di benak akal, hilang. dan aku noktah. Penting: Luruskan dan betulkan niat. heartless. tak leh nak describe. 

***

(3) 

Buat kerja. Settle awal-awal. Takdelah awal pun. Esok nak kena hantar. Print segala bagai. Kemudian, bergembira dalam bulatan bersama adik-adik. Aku, bahagia. Tambahlagi, ini bulatan aku yang aku sangat berusaha sebelumnya. 

Lain perasaannya. 

Esoknya, sedang asyik berserunuk menghirup kesuaman kopis susu, bersama semperit dan elmon landon. Aku puas melihat folder disebelah. Tiba-tiba

 

 

 

 

 

 

 

Duss…. Kopi susu suam, yang baru je stitik menjamah tekakku, selamat menjirus di folder tersebut. Selamat yang tak selamat. 

ibrahnya: …..aku tak dapat nak fikir. yang aku ingat, aku pujuk diri, Allah nak tarik perhatian orang yang Dia sayang. Haha. dan aku senyum. Padahal dah lambat pergi kelas. folder dah selamat minum kopi. Salman dan tudungku jua. Tapi takpe, Allah nak tarik perhatian aku. haha. 

***

Husnul Khatimah. Harap sangat. Image

Bulan 10, ada walimah. kakak saudara. 

Pelek, bila 2 hari lepas, ada orang muncul dalam mimpi aku. Bukan pertama kali. tapi banyak kali. Seingatnya, aku takdak buat istikharah minta jawapan, tapi aku cuma harap, Allah berikan yang terbaik. 

51:49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.

ingat mudah bila melibatkan hati? bukan memendam, cuma menjaga kesucian hati. Sebab Allah tak ciptakan dua rongga dalam satu hati.