Kerananya, dah berapa banyak air yang meleleh. Dari pertama kali mendengar kisahnya, hingga pada kudaku, diberikan  nama Mus’ab, masih juga air mata meleleh. Malah makin bertambah. 

Padaku, kisah Mus’ab memberi inspirasi padaku. Dari segi latar belakang, mahupun kesungguhan beliau dalam dakwah. Dan betapa dunia itu ditinggalkan di belakang, sehinggakan ketika pengebumiannya pun kain kapan yang membaluti tubuhnya tidak mencukupi. 

Sayu. tapi, kisah beliau, cukup famous. Bukanlah aku mengagumi ke’famous’an beliau, tetapi sebagai pembakar semangat yang mana semangat dalam diri ini sentiasa sahaja jatuh. Bukanlah aku tidak mengagumi peribadi hebat Rasulullah s.a.w, tetapi lain rasanya perasaan dalam hati bila melihat susuk yang Allah bersihkan dari jahiliyyah. 

Haybat! 

dan, nama itu, ku abadikan pada kuda ku. Kuda yang ku usahakan sendiri sejak bermulanya perkenalan aku dengan d&t. Kehadiran mus’ab di sisi juga, tujuan aku hanya lah untuk memudahkan pergerakan d&t aku di sini. Sesuatu perjalanan yang ku tak jelas tujuannya, sekali-kali tidak aku menggunakan nya. 

Allahu akhbar. Ku kira niat ku dah cukup bersih. insyaAllah kalau Dia melihat. 

tapi, sejak bersamanya mus’ab dengan aku, banyak sudah air mata yang mengalir. Banyak, sehingga aku rasakan, apakah salah kiranya mus’ab hadir di sisi ku untuk menemani jalan ini? sekurang-kurangnya, aku tidak seorang.

Dia, menguji niat hati ku. dan mungkin, di sebalik niat itu, terselit juga niat-niat yang lain sehingga ujian yang bertimpa-timpa yang Dia hadiahkan padaku melalui mus’ab. 

Terbaru, mus’ab dilanggar. Lari. dan the only choice aku ada ialah SABAR. 

Banyak kata-kata semangat yang dilemparkan padaku, tapi ku tahu itu hanyalah sebahagian. Yang meningkatkan kembali adalah sama ada diriku ingin atau tidak untuk bangkit. 

Kata dua orang adik, yang ku sayangi kerana Allah, 

“Ya Allah, tabahnya akak…kalau H***, tak tahu camne perasaannya.”

“Me tak tahu apa reaksi me akan bagi kalau benda ni jadi kat me.”

Ku kira, ini hadiah terbaik untuk aku, di hari lahirku, 11 Sept. Dan aku mengharapkan, ujian yang diletakkan atas bahu aku, Allah hapuskan dosa-dosa aku. Harap sangat. 

Dan, aku lebih rela, dosa-dosa itu, Dia hapuskan di dunia ini, kerna peluang ini terbuka hanya di dunia. Dunia ini bukanlah milik aku untuk aku tangiskan, bahkan mus’ab juga bukan milik aku. Ia hanya sebahagia dari pinjaman si Pemilik segalanya. 

Aku, hanya hamba. Sedang mencuba membina sifat kehambaan. 

2:153. Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

 

2:155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

 

Image

 

saya harap, dengan apa jua yang berlaku, orang tersebut terbuka hati untuk lebih tunduk. lebih patuh pada Allah. kerna saya percaya, Hati itu…Allah yang pegang. Dan urusan ini dari Dia, dan kepadaNya saya serahkan urusan ini. insyaAllah. fi amanillah.