Seorang pelajar itu, memakai uniform kelas berwarna merah. Terpampang pada bahagian dadanya, nama dan nombor siri kelas. Lengkap berkasut, dan bertudung putih, dia bergerak ke padang. Doa dalam hatinya, dipermudahkan urusan oleh Penentu Takdir, Allah Azza wajalla. 

Dia bersemangat. Sangat. Senyum sampai ke telinga. Mungkin disebabkan oleh beberapa cabaran diri yang tercapai. Mungkin. Hanya dia dan Tuhannya yang tahu. Owh, si Pencatat Amal kiri dan kanan juga. 

Kerja pergi kelas hari ini, buat line padang bola baling. Tenaga pengajar tiada. Diluar kawasan kata ketua kelas. Tugas dia hari ini, menolak roller untuk membuat line. Kerana pada dia, pembelajaran itu melalui pengalaman, bukan melalui teori semata.

Heh, sebab itu, dia tak pernah suka pembelajaran satu hala. Kerna pada dia, tiada pertukaran idea, tiada percambahan idea. Meransang pendengaran semata-mata. Mungkin juga meransang deria lihat untuk terus hanyut. 

Sedang asyik menolak roller, hujan. Rintik. Semua bertebaran mencari tempat berteduh. Bukan berteduh dari mentari yang menghangatkan tetapi berteduh dari hujan yang mendinginkan. Pokok-pokok memberi manfaat. 

Tiba-tiba, dikepalanya muncul sesuatu. Perkongsian dari seorang yang lebih muda dari nya, namun bukan umur yang menjadi perkiraan, tetapi isi yang disampaikan. 

Kata dia tentang hujan, “Titisan hujan yang terkena pada kita, bukan semua orang kena. Hujan, sebuah rahmat. Dan, rahmat Allah itu, hanya terkena pada orang-orang yang terpilih sahaja. Mungkin, pada sudut mata kasar, kita lihat hujan itu mengganggu gugat kehidupan kita. Tapi, disebalik titisan hujan itu, Allah sahaja yang tahu rahmatnya pada apa. Beruntung sangat-sangat orang yang terkena hujan. Sebab Allah pilih dia. Contoh, di tengah malam, kita sedang study, tiba-tiba hujan lebat. Mengikut lojik akal, takkan kita nak keluar waktu itu? Tapi, untuk orang yang Allah pilih, dihatinya Allah timbulkan sebab dan keinginan untuk keluar dari bilik, dan kemudian titisan hujan terkena, terjatuh pada kulitnya. Tak ke kita rasa terpilih? Rasa yang sangat best???”

Dia senyum. Senyum. Kemudian, dia berlari keluar. Bermain hujan. Nikmat, zaman kanak-kanak yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat. Seharian hari itu, dia senyum. Lapang. sangat.

Alhamdulillah. 

Image

30:48. Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.

saya, memang gembira!