bukan untuk masa lalu. (Murobbi)

tapi, nak kenang kejap tentang sebulan misi Mencari Cinta.

Image

Sebelum masuk Ramadhan, dah nangis-nangis. Kemudian, datang ayat memujuk ini:

“Allah sedang melihat. Ramadhan kan bulan penyucian, Dia nak bersihkan hati awak. Untuk sambut bulan yang sangat mulia ni. Sabar lah. 2:286”

2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….

Minggu itu, dilalui dengan penuh rendah hati. Penuh tunduk. Kerna hati ini sedang cuba untuk redha.

***

Jumaat yang kedua dalam Ramadhan, akal dan hati tidak dapat mengingati apa yang berlaku. Tapi yang pasti, malam itu ada sesi curhat dengan murobbi. Kemudian, saya lari ke Banting. Bukan lari sebenarnya, tapi mencari semangat. Barangkali diri ini lupa bahawa Allah itu ada di mana-mana. Tak perlu berlari hingga ke sana. Tapi, setiap perjalanan itu, Allah memberitahu sesuatu.

“Semua orang pun sedang struggle di tempat masing-masing. Sedang berjuang untuk menangkan agama dari nafsu. Sedang bertahan untuk mengekalkan kefahaman yang Allah dah bagi. Wahai hati, jangan mengalah, kerna perjuangan ini hanya sekejap. Cuma. Akan selesai, nanti.”

23:114. Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.”

Image

Senyum.

***

Minggu itu, memang terasa sangat kuat. Kuat dengan keyakinan yang Dia berikan. Sungguh rasa itu hadir. seketika cuma, setelah itu, Dia uji lagi.

Dan, ujian yang satu ini, betul-betul buat hati ini rasa sangat lemah. Sangat jatuh, bergolek. Hingga timbul pada hati ini untuk berhenti. Berhenti dari bertahan. Tapi, alhamdulillah, rupanya Dia masih sayang. Sangat sayang. Hingga terdetik pada hati ini soalan, “kerana siapa engkau bertahan wahai hati? Kerana ukhuwwah atau kerana Dia yang memberi ukhuwwah itu?”

Refleksologi hati.

Dan, tiba-tiba hadir dalam hati ini, kata-kata seorang kakak. “Dakwah ini, dah banyak meminta tenaga, harta, perasaan, masa dan banyak benda dari setiap orang yang bersama-sama kita. So, patutkah untuk kita berhenti secara tiba-tiba kerana ujian yang menimpa kita? Fikirlah sendiri.”

Sentap. Itu ayat setahun lalu. Tapi ayat itu hadir, mengetuk pintu hati, yang konon terasa lemah. Padahal, kekuatan itu, Allah yang kasi.

***

Hati kering. Tapi cuba juga untuk dibasahkan dengan airmata. Susah, setelah hati ini diajar untuk keras. Tapi, Allah yang kawal hati ini. Hujung minggu masuknya 10 Malam terakhir, aku menerima pelawaan murobbi untuk beriktikaf di masjid. Rindu, untuk sujud dengan hati pada Dia. Minggu itu juga, minggu terakhir di sekolah, yang banyak mendatangkan kisah duka pada hati. Tekad, jam 10 pagi lepas kelas, aku berkemas. Tengahari itu, aku keluar. Menghala ke masjid. Tambah lagi, usrah kami di sana.

untuk iktikaf, ku ajak bersama bunga-bungaku. Hati ini sangat lapang. Sangat. Hinggalah Dia uji lagi dengan sebuah kehilangan. Hati, tidak dapat dipastikan apakah rasa itu.

4:49. ….Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun…..

Dalam musahabah itu, aku temui ayat ini. Dan aku rasa, aku tahu apa sebenarnya yang perlu hilang dari hati ini. Bukan sebuah telefon itu, tetapi perasaan yang hadir bersama telefon itu. Dan aku tahu di mana silapku.

Hari-hari terakhir ramadhan, ku cuba lalui dengan yang terbaik. Dengan sebaiknya. Kerna, perkara-perkara yang mengganggu ketenteraman hati ini, Dia telah lupuskan. Dia lupuskan.

Betapa sepatutnya, Aku bersyukur, bersyukur, dengan perasaan yang Dia limpahkan minggu terakhir itu. Dan sungguh, Ramadhan ini, ramadhan yang berbeza dari sebelumnya.

 

Kembali kepada realiti, 7 Syawal 1433 H, Seremban.