Jarak kita dekat. Tapi hati kita jauh.

Walau jarak kita jauh, hati kita dekat.

Image

Sifir mudah, yang mempersatukan hati manusia itu adalah Allah.

8:63. dan Dialah yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.  Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Mungkin, bila kita ada ipek misalnya, semua orang kerumuni kita, semua minat dengan ipek kita. Yes, time tu kita dapat lihat, semua orang memang gumbira happy riang dengan keadaan berkongsi-kongsi ipek cerita pasal game fruit slice yang dimain-main dalam ipek tu.

Tapi. kejap je benda tu. Kalau yang tak sependapat time tu, mudah je hubungan itu retak. Mudah sangat dik. 

Kata Pakcik Sayyid Qutub dalam Muqaddimah Zilalil Quran nya, “Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan Ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan aqidah kerana Allah. Oleh itu, aqidah seseorang mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu. Bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumpat, kerana padang ragut, keranan kumpulan dan keranan pagar.

Hari ini, boleh tengok kat Baskin Robin, berapa juta umat tengah menunggu mendapatkan satu scoop eskrem. Bersatu padu berbaris. Bercerita mungkin hal yang sama.

Dan, boleh tengok juga waktu LCW tengah lawan badminton, berapa juta umat yang menonton dan bercerita mengenai perkara tersebut?

Tapi, selepas itu, kemana menghilangnya kesepaduan antara umat tersebut? Mudahkan hubungan itu terputus, kalau hati itu Allah tak ikat?

Tak kira tidur sekatil, sebantal satu selimut, kalau hati tu tak bertaut, dekat mana jarak pun, tak memberi apa-apa makna.

Sekian.

***

Ramadhan malam ke-20.
Boleh tengok juga berapa juta umat bersatu padu solat terawih di surau-surau masjid-masjid di sekeliling?

Tapi, kalau hati tak didatangkan bersama waktu solat tu…
mungkin boleh tajdid/betulkan balik niat.=)

seperti mana, aku, sedang cuba membetulkan hati saat ini. dalam tulisan ini.