Hari ke-15.

Ramadhan yang terlalu cepat dalam perkiraan aku. Sangat cepat. Hingga tak tersempat nak kejar. Semalam, hati mengira-ngira hari ni hari ke 14. Owh rupanya aku silap. Mungkin terlalu enak dengan dunia sedang Allah memberi waktu untuk beramal. Sekejap cuma, tapi masih ramai yang culas, yang malas, untuk ambil kesempatan yang hanya datang sebulan dalam setahun. Owh, aku lah salah seorangnya!

***

67:2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Quran ni, sangat ajaib. Satu ayat, macam-macam boleh dapat.

Sungguh, ramadhan kali ini, memang tiap saat Allah limpahkan perasaan dalam hati ini. Hingga kadang-kadang aku rasa, ke Allah nak jadikan aku tanpa perasaan? Membunuh jiwa yang penuh dengan perasaan hingga menjadikan manusia itu robot?

Tertanya-tanya.

Semua orang menjawab, Allah uji sebab ada hikmah Allah nak bagi. Ada. mungkin kita yang tak nampak. Mungkin kita yang kurang nampak.

heh? ke aku yang kurang sensitiviti terhadap apa yang Dia turunkan untuk hati ini terima? 

Kadang-kadang, bosan. bosan sebab hati ini banyak kali mencari alasan untuk menerima ujian Allah. limpah Allah. Padahal, Saidina Ali r.a sedih bila tak diuji, sebab ujian tu kan, tanda Allah sedang melihat pada hati ini, sangat-sangat. 

hey, lupakah, pada hati yang pertama dahulu diberi wahyu? Yang paling banyak menerima ujian? tapi, apa kata baginda? DOA! “Bagi hidayah pada mereka, Allah”.

Memang, Allah tak kejam. Tak pernah zalim. Beritahu mereka semalam, ringkas. “Pengujian itu untuk penyempurnaan.”

Pengujian untuk penyempurnaan:

-Amal.

-Penyucian hati

-Taubat

-Puasa

 

Dalam dunia ni takdak yang perfect bro. Selagi mana hati tu tak betul-betu;l perfect dalam pembersihan dia, kau ingat, kau boleh hidup senang?

heh, kalau nak sangat hidup senang kat dunia nih. Terusan mengeluh. Itupun, kalau kau tak lupa yang dunia ni sementara je. Sementara je bro.

***

Ramadhan ke-15. Makin laju atau makin perlahan amalmu? Ku rasa, mungkin ramadhan ini ramadhan yang paling aku suka. heh.