Makin hari makin bererti.

Image

Bila orang lain menangis, sebab gagal dalam ujian bertulis,
aku memang tak pernah rasa perasaan itu.

Tapi kali ini, aku rasa, dan aku faham.

Bila semua orang dalam kelas, mampu menguasai kemahiran sesuatu permainan itu, sedang aku, bila lecturer tengok, menggeleng. Dan rakan-rakan yang lain ajar juga, masih tak berjaya. Hati makin lama makin lembik.

Bertahan. Bertahan.
Akhirnya air mata tumpah juga.

T_T

Sebab memang tak tahan sangat. Allahu Allah.

***

Ramadhan di tahun ke-3 kelahiran aku.
Sejak hari pertama lagi, jadi macam-macam.

Tapi ramadhan ini, untuk didik jadi orang yang BERTAQWA kan?
Jadi, ingat mudah ke nak jadi orang bertaqwa kalau tanpa ujian?