Sabtu. Hari pertama puasa. Handphone banyak kali berbunyi. Kakak. Abang. Semua. Dan aku, sememangnya merancang untuk melarikan diri ke mana-mana. Konon, berfikir untuk melepak di masjid. Terkesan dengan tulisan Hlovate, kisah Chad dan Fend yang buat masjid hopping. Maka aku pun teringin. Aku mesej orang kat Bangi. Dalam kepala nampak Masjid UKM. Syok gak. Boleh lepak library UKM sambil buat folio Bola Baling.

Senyum.

Balik bilik, buka lappy, tengok facebook. Wah! Akhawat kat Bukit Jalil yang dah lama tidak bertemu. Berdua. Hurm, macam syok. Tukar plan. Ke Bukit Jalil. Mesej orang sana. On! Aku kemas barang, apa yang perlu. Dengan roti sandwich yang masih tak habis. Gembira, bukan kepalang. Maklumlah, dah lama sangat tak jumpa!

Senyum. Hati dah terbang ke sana. Aku menapak ke Mus’ab. Tengok kaki kanan. Eh? Luka? Mesej orang kat sana, maklumkan. Mungkin lambat. Membawa Mus’ab ke klinik, untuk mencucu luka barangkali. Tapi hampa, bila encik mekanik tolak permohonan aku. Mus’ab kena tukar kaki, tapi skru kat lutut gagal dibuka. Dan proses membuka skru tersebut bukan mudah, aku kena buat welding dulu, sebab loose dah. Aku call orang kat Perak. aku call orang kat kampung. Hampa. Sangat!

Call orang Bukit Jalil, thanks, sebab musnahkan harapan mereka. Owh hati, sakit tau???

Lagi sekali, call orang kat Perak, tanya jadi datang tak. Dia kata mungkin tak. Mata dah berair. Hello…dear brother! Your little sister seriously need your help! Sedih. Dan teks orang kat Bangi. “Plan semua tak jadi, and I, happily crying here.” Mata takyah cakap, dah memang mencurah-curah. Lepak kat atas bukit kat sekolah. Sorang. Layan hati yang sedih. Sejam berteleku di situ. Kakak kat KL telefon, aku reject. Takkan nak angkat telefon dengan nangis macam tu? 

Aku: Akak, Allah mesti nak bersihkan hati ini untuk sambut ramadhan kan?

Dia: Yup, first step sebelum melangkah ke bulan yang mulia ni.

Lega. Seketika cuma. Masih lagi bersama Mus’ab. Bermuhasahab. Refleksi diri. Cuba pujuk hati dengan ayat Allah. Aku pasang DVD juzuk Amma. Nangis dan nangis. Stop, bila tengok jam dah hampir pukul 7.00 petang. Mandi. Ke surau. Sakit kepala. Balik, dari surau, lepas terawih, terus tidur. Sakit kepala sangat.

Terbangun, jam 3 pagi. Tengok handphone. 4 mesej. Dari dia. dari mereka.

Tak larat. Just bangun minum air. dan buka lampu study. Jam 5. Bangun, mandi siapkan diri. Sahur dan buat apa yang perlu. Sementara tunggu subuh. Mesej-mesej semalam, aku, masih lagi tak balas. Entah. tak punya sebab yang konkrit untuk aku balas. Teruk!.

Aku maksimumkan pagi aku. Hari pertama Ramadhan. Azam hati. yang lepas, biar lepas, Allah tak pernah zalim. Teruk mana keadaan tu, surely, Allah nak hadiahkan sesuatu. Hati dah lega. Bersiap. Dhuha. Aku telefon orang kat Perak. Tanya, jadi tak datang. Dia kata, memang tak dapat datang. Mata berair lagi. Saat itu juga, aku balas mesej dia kat Bangi.

Aku: Dah okey. Baru je lepas telefon abang. tapi…abang kata tak jadi datang. Mata berair lagi.

Dia: ISHAB dan IM lain, bulan Ramadhan diorang cakap itu bulan mereka dengan Allah. So, semua aktiviti mereka stop. Mereka cakap jumpa lepas raya. MUNGKIN ALLAH NAK BAGI AWAK BUAT IBADAH JE, TANPA GANGGUAN ORANG LAIN. TANDA DISIBUKKAN DENGAN BENDA LAIN. Mungkin, Allah nak suruh awak CARE Dia je. =)

Aku: And you burst me into tears again.

 

Bersambung…