Perhimpunan pagi hari. Ingat nak ponteng, tapi nanti rasa bersalah. sebab spisis (confuse macam mana nak eja spisis) budak baik, yang tak pernah langgar peraturan.

Bukan, perhimpunan tapi masjlis sesuatu sambutan. Tiga. Tak penting untuk diceritakan mengenai majlis tersebut.

***

“Eh, buku baru? Beli kat mana? Tengok.” Telinga, dibuka seluasnya. Dia tersesat. Dalam timbunan pelajar yang lain.

“Kau tahu, kat MPH banyak buku-buku islamik. Aku pun tak tahu sebelum nih. Kawan aku yang cerita kat aku. POPULAR ada jugak buku islamik buku agama tapi MPH lagi banyak choice. Best juga membeli.” Suara lain menambah. Dia hanya mendengar. Eevesdropped!

***

“Wei, kau tahu semalam aku mimpi Anne pakai tudung labuh. Dengan aku sekali rasa insaf. Insaf sangat.” Suara di sebelah.

“Kau tu, obses sangat dengan tudung-tudung ni.” Suara dibelakang membalas kata.

“Teringin. Tapi tak tahu bila.” Dia, masih lagi mendengar. Sambil berfikir.

***

“Wei, apa perasaan pakai tudung labuh ye?” Masih lagi suara dibelakang. Dia tertarik dengan soalan tersebut. Dalam hati, “Tanyalah aku.”

“Tudung labuh, dia tutup semua yang perlu ditutup. Pinggang ni pun dia tutup. Takdelah nampak pinggang.” Suara disebelah. Dia masih berfikir saat terbaik untuk bersama dalam perbualan tersebut.

“Islam suruh kita tutup aurat sampai mana ye? Sepatutnya lah?” Suara dibelakang. Masih lagi tidak berhenti. Tapi soalan itu, sangat, MENARIK.

“Islam suruh kita tutup sampai dada. Lepas dari dada.” Dia masih lagi diam. Mungkin mencari kata-kata yang sesuai agar tidak ada yang tersinggung.Dan…

“Serius, aku nak tahu apa perasaan pakai tudung labuh ni.” Suara yang dibelakang.

Dia berpaling. Angkat ibu jari. “SECURE! Sangat-sangat secure!” Dia senyum. Memberi keyakinan pada penyoal.

“Secure tu maksudnya?” Dahi itu berkerut. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang terlalu ringkas.

“Rasa selamat. Rasa dihormati. Takda orang kacau. Takda orang tengok. Rasa rendah diri. Sebab kita tahu, kita buat bukan sebab orang disekeliling kita buat, tapi sebab kita rasa untuk menjadi hamba yang lebih patuh. Lebih rasa sifat kehambaan.” Dia senyum.

“Owh. Erm, kalau depan, tutup dada. Tapi kalau belakang macam mana pulak awak?”

“Cuba kita tengok. Kalau kita balut buku, ada tak kita balut depan penuh, belakang separuh? dan lagipun, shaping badan dari belakang lagi mengangkat nafsu manusia. Yang mana menunjukkan susuk asal badan. Tutup lah. Lindung lah.

“Owh. Thanks!”

***

“Akak, masuk hostel kita. Jadi roomate kita?”