Badar, satu permulaan!

“Ya Allah, Muhammad telah memutuskan tali persaudaraan dengan kami dan dia membawa sesuatu yang kami tidak pernah kenal, maka musnahkanlah dia hari ini. Ya Allah, siapa di antara kami yang paling Engkau suka dan redha maka berilah pertolongan kepadanya pada hari ini.” [Abu Jahal]

Annoying Abu Jahal. Tak mengaku Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, tapi boleh pula minta doa macam tu dengan Allah? Hey, tak sedar diri kah kamu wahai Abu Jahal.

Jumlah kedua pasukan, beza. Ibarat lelaki dan perempuan. Beza pada kekuatan. beza pada jumlah. beza pada tenaga. tapi Allah lebih mengetahui. Andai aku di sana, atau, andai aku Allah letakkan dalam keadaan tersebut, aku tidak pasti mungkinkah semangat ini terusan meluntur hanya disebabkan oleh kuantiti? sedang yang Allah kira adalah kualiti.

Baginda, junjungan besar meminta pada Pemilik Kuasa. “Ya Allah, laksanakalah untukku apa yang telah Engkau janjikan. Ya Allah aku merayu kepada-Mu bantuan dan janji-Mu.” Kuatnya kebergantungan baginda kepada Allah. KUAT. “Ya Allah, aku merayu-rayu kepada-Mu. Andai kata kumpulan ini tewas paa hari ini nescaya Engkau tidak akan disembah orang ya Allah, kalau begitu yang Engkau mahu, maka tiadalah lagi orang yang akan menyembah-Mu selama-lamanya.”

Baginda. Merayu penuh pasrah. Redha. Mengharap hanya pada Dia. Kerana kuasa itu milik Dia.

Tapi, Abu Bakar, Si Pendamping Setia memujuk, “Cukuplah wahai Rasulullah, engkau terlalu mendesak Tuhan-Mu.”

 

***

kata sang murobbi, “Tarbiyyah itu satu proses. Hati itu Allah yang fahamkan. hebat macam mana pun penyampaian kita, puitis atau tidak, gagap atau fasih, kefahaman itu, Allah yang bagi. Kita hanya hamba, yang menjadi perantara. Siapa kita untuk memaksa Allah memberi kefahaman tu? Dia lebih mengetahuinya. Kita buat kerja kita, Allah buat kerja Dia. Jangan risau.”