“Laparlah Nurul. Tapi Iman taknak makan nasi. Hurm.” Nurul fokus pada pemanduannya. Hari makin senja. Perjalanan yang boleh dikatakan agak jauh dari kolej. Alhamdulillah dia gembira. Allah temukan dia dengan seseorang yang lebih matang, yang lebih sibuk, yang punya lebih banyak tanggungjawab.

“Then, nak makan apa? Ke nak singgah Tesco sat lagi? Lalu je pun Tesco tu.” Nurul memberi cadangan. Dia juga sedang lapar. Namun, bukan kebiasaan dia untuk menjamah nasi. Alasannya, untuk mengelakkan mengantuk sewaktu solat maghrib. Jelas, konkritnya alasan yang diberi ketika berbulatan gumbira tempoh hari, dia tersengguk-sengguk, ibarat woody woodpecker.

“Boleh juga.” Iman memetik suis air-cond kereta. Mus’ab namanya. Radio dipasang. Memecah kesunyian antara kami. Masing-masing melayan perasaan. Angin itu sungguh mendamaikan.

***

“Nak beli Bliss lah nanti.” Perlahan patah-patah kata itu keluar dari mulut Iman. Nurul diam. Berfikir sama ada perlu atau tidak untuk dia mengeluarkan suara. “Tapi….Bliss tu product of Nestle.” Perlahan. Sangat. Tenggelam suara itu disebalik bunyi-bunyi dalam Tesco.

“Eh? Apa Nurul cakap? Tak dengar. Eh silap, bukan tak dengar, kurang dengar.”

Nurul menarik nafas. Perlahan. “Nestle tuu….product boikot.” Nurul melihat Iman dengan tubir matanya.

“Tapi….erm…” Iman menarik nafas. Bukan mengeluh, cuma mencuba bermujahadah. Nurul faham. Sukar mengeluarkan diri dari apa yang terbiasa. “Mungkin, kita boleh try product lain. Dutch Lady ke, Marigold ke…” Nurul senyum pada Iman, memberi harapan bahawa mereka punya pilihan lain.

Mungkin, pada sesetengah orang, boikot tak memberi kesan. Setakat satu dua sen, apalah sangat. Tapi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.