“Assalamualaikum wbt.” 

“Waalaikumussalam wbt. Buat apa? Sihat? Mama, Abah ada?” Suara di sini bertanya.

Suara di sana. “Siapa yang telefon?” Suara Abah. 

“Ni, anak bongsu.” Suara Mama.

Terus, orang di sini tersenyum. Rindu. Pada dua hati di sana. 

46:15. Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.

Waktu ada, sayang. Jangan nanti bila tak ada baru nak menyesal. 

Sayang pun, harapnya bukanlah sayang kerana adat, atau sayang kerana budaya, tapi sayanglah kerana itu perintah. Perintah itu ibadah. Ibadah itu indah.