Ujian hebat, untuk orang yang hebat.

Ujian hebat, untuk menjadikan orang tu hebat.

Ujian hebat, untuk membentuk jiwa yang hebat.

“Akak, susahlah test kemasukan ke Program Pintar di UKM tu. Dahla banyak banyak, satu test tu pulak susah gileerrr. Sape yang dapat lepas tu, memang hebatttt r.” Panjang oktaf perkataan ‘gileerrr’ ditarik.

“Siapa yang terpilih untuk lalui ujian tu?” Abang bertanya.

Mengadu pada kakak, tapi abang pula yang ambil kisah. Kakak buat dono je.

“Berapa orang je entah. Boleh kira ngan jari lah.” Adik.

***

“Macam mana keputusan ujian kemasukan hari tu Adik?” Abang memecahkan kesunyian malam itu dengan soalan. Yang lain diam, Mendengar setiap patah kata yang terdapat dalam televisyen. Tentang apa, tidak dapat dipastikan. aku, si penulis bukannya penghendap nak curi dengar perbualan orang.

Adik, senyum. Yang lain juga. Faham maksud yang disampaikan. Abang menyambung bicara, “Selagi adik tak lepas ujian tu, adik asyik kata susah. Ni dah lepas, maknanya adik mampu je lah buat hari tu kan? Alhamdulillah. Sebab Allah memberi kekuatan pada adik untuk jawab dengan baik. dan memberi keputusan yang baik pada Adik.”

Yang lain, mengangguk. Ibarat dalam rumah hanya mereka berdua. Sedangkan satu keluarga wujud. Mungkin, memberi peluang pada abang untuk bercakap dengan adik. Jarang benar mendapat peluang itu.

“Hebat kan adik abang????” Adik berlagak kejap. Abang senyum. Bukan mengiakan namun memberi sokongan. Memberi semangat.

***

Ujian hebat, ujian sukar, untuk menjadikan jiwa itu hebat. Bukan suka-suka Allah bagi ujian. Allah bagi ujian untuk menyediakan jiwa itu untuk hidup yang lebih mencabar. Untuk hidup hadapan, yang lebih sukar, yang lebih hebat. Sekarang, mungkin rasa penat, mungkin rasa sakit, mungkin rasa sedih dengan apa sahaja ujian itu, namun suatu hari nanti, kamu, kesayangan hati ini, akan sedar, akan lihat semua ini.

Sungguh, Allah tak pernah zalim.