Bila pergi lepak mana-mana tempat, satu benda yang dipelajari adalah tolak ansur. Interaksi dengan manusia adalah satu perkara yang sangat sangat berbeza. Ia bukan seperti berinteraksi dengan komputer, kalau kena virus boleh format, bukan juga seperti berinteraksi dengan cerek untuk mendidikhkan air, cukup 100*c air menggelegak boleh buat kopi.

Bukan.

Terlampau mudah kiranya definisi tolak ansur kalau ikut keadaan macam tuh. Manusia, sukar di ramal. Bila kita ngantuk, kita bagitahu seseorang itu, dengan harapan orang itu akan cakap, “tidurlah awak.” tapi rupanya tak bila orang tu tanya balik kat kita, “kenapa awak bagitahu saya? tidur je la.”

Tolak ansur? ke dah masuk sangka baik? atau pun bersabar?

Susah juga mendefinisikan sesuatu perkara bila ianya saling berkaitan. Namun, apa yang sempat dikutip, surely Allah nak didik, nak bentuk untuk jadi makhluk Dia yang lebih baik. Bukan bermakna apa yang Dia ciptakan tu tak baik, tak elok, tetapi manusia, umumnya sentiasa mengubah apa yang diciptakan.

Maka, hadirlah ujian, tribulasi, mehnah, dugaan, cabaran yang tidak lain dan tidak bukan untuk tujuan mengembalikan manusia itu, kepada fitrah asal diciptakan.

Rumit. untuk hadam. Tambah lagi ia bukan teori tetapi ia amali. Sesuatu yang harus dipraktikkan untuk sesuatu yang bukan natural born.

Tapi Allah kata, “kalau kita jaga Dia, Dia akan jaga kita.”