“Apa yang membuatkan awak matang ye?”

Senyum. “Tarbiyyah.”

Belajar daripada peristiwa sekeliling. Perit, kadang-kadang harus bertahan dalam hati sedang berkecamuk. Tapi rupanya Allah sedang membina hati yang redha dengan apa sahaja takdir yang datang.

Mengimbau, mendapat taujihat daripada seorang kakak, yang hanya bertemu sekali sekali dalam tempoh setahun ini, yang membuatkan hati ini terkesan dengan apa yang dikongsikan walaupun asalnya secara tidak langsung, kerana ibarat seorang pendatang. mencelah tanpa memberi signal.

“Saya harap, saya boleh jadi matang dalam tarbiyyah.” Dia seorang guru muda, Atiq diberi nama.

Telinga belakang yang mendengar pantas bertanya, “Apa maksud akak bila akak cakap matang dalam tarbiyyah? Err, aseef jiddan, mencelah tanpa signal.”

Jeda.

Hanya pandangan bukit bukau disebelah yang menjadi santapan pada nikmat penglihatan yang Allah bagi. Sepi. Tiada juga kedengaran suara-suara Maher Zain mahupun Edcoustic dari pemain Mp3. Mungkin kehabisan bateri gamaknya.

“Matang dalam tarbiyyah, bila datangnya ujian, kita tak cepat melatah. Tak gelabah nak cari orang untuk mengadu. Sebab kita tahu, its Tarbiyyah! Kita boleh redha dengan ujian Allah berikan untuk kita. Dan kita mengadu dan bergantung sepenuhnya pada Allah membuatkan kita rasa kuat, walaupun di saat ujian melanda. Dan, kematangan dalam tarbiyyah tidak dinilai berdasarkan berapa lama kamu dalam tarbiyyah tetapi sejauh mana kamu mampu menerima erti tarbiyyah dalam hidup kamu.”

dan kata murobbi pula, “Tarbiyyah setiap orang berbeza, dan melalui tarbiyyah itulah kita belajar untuk matang kalau kita ambil pelajaran disebalik tarbiyyah Allah untuk kita”.