“Jangan banding aku ngan dia boleh tak? Kalau dah dia tuh baik, pergilah kawan dengan dia. Yang kau kawan dengan aku tuh kenapa? Macam aku loner ranger sangat, heh?” Meja dihentak. Tanda protes.

Dirumah kena compare dengan jiran-jiran, di sekolah kena compare dengan budak-budak kelas sebelah, dengan kawan pun kena compare jugak? Cis!

+Apakata kau muhasabah diri kau?

-Kalau nak suruh aku jadi macam orang yang dicompare-compare tu, takyah lah comparekan aku dengan dia. Cakap je lah elok-elok. Tak boleh ke?

 

+Cuba optimis sikit?

-Optimis tak optimis, aku peduli hape.Hari-hari benda sama je yang berlaku. Bosan.

 

+Sebab kau yang taknak ubah keadaan tuh.

-Tengok, aku jugak yang salah.

 

+Listen here my dear,

jangan compare diri kita dengan orang lain,
tapi compare diri kita dengan diri kita sendiri dua minggu yang lalu.

-Erm, maksudnya?

 

+Kata tadi bosan dengan benda yang sama? Kalau kita bosan kena compare, cubalah ubah sesuatu dalam diri kita yang buat kita takkan kena compare lagi. Bukan bermaksud hipokrit mengubah diri kerana situasi tapi mencari solusi.

-Tapi, takboleh ke mereka terima aku seadanya aku? Sebagaimana aku terima mereka?

 

+Adakah maknanya bila mereka comparekan kau dengan orang lain, mereka tak leh terima kau seadanya? Begitukah?Pernah kah kau tanya mereka kenapa perlunya kau dibandingkan dengan orang lain?

-Tak. Sebab aku tahu diri aku macam mana.

 

+See? Kau tahu. Kau tahu. Tapi kau buat tak tahu. Agak-agak, kalau aku comparekan diri kau hari ni dengan diri kau semalam, ada beza tak?

-Eh?

 

+Kalau semalam dan hari takde beza. Atau hari ni dengan dua minggu lepas takde beza, aku rasa kau yang bermasalah. Bukan mereka yang compare-comparekan kau tu bermasalah.

– ?_?