“Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Kakwiwi. Allah selamatkan kamu.”

Lagu itu diulang tiga kali. Atas sebab 3 orang yang diraikan. Dan tentunya, kek juga tiga biji yang disediakan hasil daripada Secret Resipi. Nikmat.

Tiga potong kek yang berbeza itu di isi dalam talam. Dijamah oleh 7 orang yang mengelilingi talam tersebut. Tangan masing-masing masih lagi tidak berbasuh. Layan. Sisa-sisa rasa nasi ayam pada jari tidak merosakkan tekstur asal kek. Cheese Cake dan Chocolate Indulgence. Sebiji lagi, aku tak pasti. Ketiga-tiganya sedap. Superb. Allah, nikmat sangat.

Masing-masing suap menyuap. Kakwiwi suap aku, aku suap Kakwiwi. Untuk suapan ketiga, creamo yang berbaki pada jarinya dilapkan pada pipi aku. Allah. Aku memandang senyum nakalnya. Dia angkat kening. Dia main kasar. Aku senyum balik pada dia. Aku tambah dua kali ganda nakal pada senyum itu. Revenge! Yes, kena! Aku ketawa. Kuat. Hingga menarik pandangan yang lain.

Azan. Maghrib. Mata kami masih lagi bertembung. Sesi itu belum habis. Masing-masing dengan muka nakal.

“Wiwi, Nurul, dah dah. Basuh tangan. Solat. Solat.” Tegas. Tapi masih punya kelembutan pada suara itu. Aku memandang Kak Fera. Mata itu menunjukkan amaran. Aku senyum. Cover malu.

Mengorak langkah ke dapur, Beratur menunggu sinki. Ada yang basuh talam, ada yang menunggu basuh tangan. Berdiri di sebelah Kakwiwi. Eh, revenge tak habis lagi. Pipi yang bersalut creamo kek tadi aku sapu pakai tangan yang memang tersedia kotor. Belum sempat jari-jemari ini menjamah pipinya, tangan aku dah terperangkap. Laju dia menghalang. Ketawa. Riang.

“Nurul! Stop. Apa tujuan nih? Jangan lari dari niat asal kita raikan tadi. Dah. Maghrib ni. Behave sikit adik-adik tengok.” Tajam suara itu. Semua kat dapur buat buat-buat tak tahu. Atau memang tak dengar. Aku diam.

“Cool Nurul. Cool. Berlapang dada. Husnuzhon. Husnuzhon.” Hati membisik. Aku senyum pada mata yang memandang. Ramai. Istighfar. Zikir. Senyum. Ketawa nipis.

Naik atas. Wuduk. Bertembung dengan Kakwiwi sewaktu turun. Dia tak menyapa aku. Owh? Hurm. mungkin….Istighfar. Istighfar.

Aku berperang dengan perasaan sendiri. Psiko diri sendiri untuk berlapang dada. Untuk bersangka baik dengan apa yang berlaku.

“Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”

Terngiang-ngiang Ustaz Farhan menyebut. “Kalau dalam ukhuwwah kita tak mampu nak bersangka baik, habis, apa lagi yang tinggal dalam ukhuwwah kita? Dan itsar (melebihkan saudaranya daripada diri sendiri) bukan setakat kita nak minum air kemudian kita beri pada sahabat kita sebab dia dahaga, bukan setakat itu, tapi itsar yang paling besar, melebihkan perasaan dia daripada perasaan kita..”

Melebihkan perasaan dia daripada perasaan kita…Ayat dah dapat, masa untuk Engkau uji aku kah ya Allah?

Aku teringat pada perkongsian dengan Kakwiwi pagi tadi.

“La taghdab, La taghdab. La taghdab. Tiga kali Rasulullah saw ulang. Syarah hadis tu cerita, Rasulullah bukan nak suruh kita tak marah, sebab marah itu fitrah. Tapi Rasulullah nak kita kawal. Sebab kawal tu masuk dalam part sabar. Bukankah Allah mengasihi orang-orang yang sabar. Islam tu mudah kan kak? Ia bukan suruh kita padamkan sesuatu yang fitrah Allah ciptakan untuk kita, tapi ia minta kita kawal. Bukan padamkan. Dan Allah sebaik-baik Pencipta, sebab Dia yang cipta kita semua ni kan? Termasuk Islam tu.”

Sepi. Allah sedang nak uji aku. Dia nak uji sama ada aku beramal atau tidak dengan apa yang aku dengar, dengan apa yang aku sebut.

Astaghfirullahal a’dzim. Aku istighfar.

Lagipun, andai Kak Fera bertanya secara elok kepadaku sekalipun, dengan soalan yang sama, ada jawapan yang kukuh ke yang mampu aku beri untuk membenarkan perbuatan kami?

Nurul..Nurul…

Bukankah tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri?

Lepas peristiwa maghrib tadi, ketiga-tiga kami masih belum bertegur. Terasa ingin memulakan namun aku takut aku yang tersilap menilai. Sedangkan pada pihak Kak Fera, no heart feelings. Danmungkin juga hal yang sama pada Kakwiwi. Berat.

”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” [Riwayat Muslim]

Okeyh, berlapang dada Nurul. Hati membisik lagi. Memberi kata-kata semangat. Fikir banyak-banyak tak guna jugak. Lastnya, kepala aku juga yang sakit. Tidur lebih baik.

Dan, aku mengheret kaki menghampiri tempat pembaringan. “Allah, moga esok lebih baik. Ameen.”