“Nadia. dah dua tahun kan? Apa perasaan kau?”

“Heartless. Berlagak macho. Entah. Aku tak suka perpisahan. Kalau boleh, aku nak lari kejap dari tempat ni. Biar semua orang pulang dulu, dah kosong tempat ni, baru aku balik. Atleast, takde lah rasa sakit tuh.” Mata dibawa ke langit. 

Tak sangka, secepat ini tempoh dua tahun. Dua tahun di bumi asing buat Nadia suatu ketika dulu. Itu dulu, waktu mula-mula mendaftar. Di sini dia belajar erti hidup. Dia belajar bahawa hidup ini bukan setakat cemerlang dapat straight A’s, tapi rupanya lebih dari itu. Dia belajar mengenal Tuhan. Dia belajar membawa dahi menyentuh sejadah. Nikmat. Dia senyum.

Senyap. Sunyi menghiasi perbualan mereka. Menelan hakikat bahawa mereka takkan selamanya di sini. 

“Apa rancangan kau cuti 4 bulan ni?”

“Aku punya misi yang besar. Aku punya tanggungjawab yang berat. Tapi aku tahu, selagi mana misi itu untuk Allah, tanggungjawab yang berat tu mampu je jadi ringan. Kawan aku ramai, 4 bulan ni, aku nak cuba buat yang terbaik. Tak kisah masyarakat memandang mereka teruk, tapi aku yakin, hasil tu Allah yang beri. Bukankah hati kita Allah yang pegang? Doakan aku tidak tersungkur Nadia. Doakan aku.”

Pandangan mereka bertaut. Tak perlu Nurul mengiyakan, dia dapat rasakan doa Nurul untuk dia. 

“Cukuplah Allah yang tahu. Bukankah doa yang paling afdhal adalah doa yang didoakan tanpa pengetahuan saudaranya?”

“Jazakillahu khairan katheera.” Senyum lagi. 

“Tidak beriman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri*.”

Sebak. Terharu. Di sinilah Nadia bertemu Nurul. dan di sini juga perpisahan buat mereka. 

“Terima kasih untuk cinta ini. Tanggungjawab aku untuk menyebarkan cinta ini, Ya Allah, moga Engkau permudahkan urusan ini.”

“Nadia. Jom, balik. Parents aku on the way dah.”

“Boleh tak aku taknak turun nanti bila kau nak balik?” Matanya berkaca. Menahan perasaan. 

Nurul senyum. Menyalurkan semangat. “Aku faham. Moga perpisahan ini bukan perpisahan yang melemahkan kau. Moga ia bukan perpisahan yang mengembalikan kau pada kisah lama. Kalau maut belum lagi menjadi milik aku, belum lagi menjadi milik kita, insyaAllah, Dia ada untuk mempertemukan kita. Kalau pun bukan di dunia, kau tahu kita akan jumpa kat mana kan?”

“InsyaAllah. Faham. InsyaAllah ingat. Jumpa kat Jannah. Kat rumah besar kita. Mahligai yang kita janjikan bersama.”

“Owh, kat Jannah ker? Aku ingat. jumpa kat Padang Mahsyar nanti? Kan kat situ kita akan berkumpul. Berhimpun macam assembly tiap-tiap Isnin tu.”

“Ish, kat sana mana sempat. Semua orang sibuklah.” Ketawa.