Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Paper ke-tiga.

Study, untuk dapat pahala. Sebab itu tanda usaha.” 

***

Image

Orang kata, meletakkan gambar dalam blog, tanpa penjelasan, itu escapism. Pada aku, ia menggambarkan seribu makna. Bergantung pada orang bagaimana mentafsirkan. 

***

Buruj.

Bintang itu, berkilau di tempat yang gelap. Kalau takda malam, mungkin sampai sudah kita tak kenal bintang tu bagaimana sinarnya kan? 

Allah kata, 

6:97. Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.

Bintang itu, bukan sebarang bintang kan? =) 

***

Tak tahu apa perasaan sekarang. Mungkin sebab sudah lama tidak bertemu murobbi. sudah lama tidak bertemu mutarobbi. Dalam halaqah. Dalam bulatan. 

rasa lain. lain. 

Tapi orang kata, tarbiyyah dzatiyah kena kuat. Aku pula kata, Tarbiyyah dzatiyah memang kena kuat. Tapi bukan bermakna kita tak perlu untuk bersama yang lain. =_=

***

Banyak benda nak aim dalam kepala. Untuk jangka masa panjang. Banyak benda. hingga aku rasa takkan tercapai. T_T Tapi tetap rasa nak buat, mencuba orang kata. Sebab lastnya hasil Allah yang bagi. 

insyaAllah. Allahu yusahhil. 

***

Minta orang doa pada kita, tapi kita tak doa pula untuk diri sendiri? #Facepalm